Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
2 jenama ini Nike dan Adidas tidak asing lagi bagi kita. Sangat terkenal di seluruh dunia terutamanya bidang sukan. Sebut sahaja semua kenal dengan trademark masing-masing.
Para atlet terkemuka dunia pun kebanyakkannya akan pakai jenama ini. Lagi-lagi para atlet ini dibayar oleh jenama-jenama besar ini untuk membuat promosi mereka.
Antara 2 jenama ini mana yang lebih bagus? Persoalan yang susah saya hendak jawab kerana masing-masing ada kelebihan yang tersendiri. Masing-masing pun ada pengikut setia sendiri. Corak dan identiti yang tersendiri.
Bagi saya untuk kasut sukan saya lebih suka pada Nike kerana reka bentuk dan warnanya lebih menarik. Saya lebih utamakan keselesaan. Saya dapati kasut Nike lebih ringan dan selesa di pakai berbanding kasut Adidas.
Ada juga kasut Adidas yang menarik dan selesa. Ini kerana setiap model dan rekaan kasut berbeza mengikut bentuk kaki. Bentuk kaki saya lebih sesuai untuk kasut rekaan Nike berbanding Adidas. Ini adalah sebab utama kenapa saya lebih memilih Nike berbanding Adidas.
Bentuk tapak kasut juga berbeza antara model-model yang ada. Ada yang tirus dan ada yang lebar supaya ia memberi lebih kestabilan apabila anda memakainya untuk beraktiviti. Ini sangat penting kerana ia dapat memberi sokongan pada kaki anda.
Kalau dari segi pakaian pula saya lebih meminati corak Adidas terutamanya jaket dan seluar Adidas. Memang cantik-cantik dengan 3 strip dia. Tapi dari segi bahan dan keselesaan saya lebih suka Nike.
Jadi antara Nike atau Adidas mana pilihan anda? Bagi saya, saya lebih kepada Nike kerana ia lebih sesuai dan menepati citarasa saya. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Pilih la yang mana sesuai dan selesa untuk anda.
Leave a Reply