Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Rata-rata ramai yang terjejas pendapatan mereka semasa musim wabak Covid 19 ini. Lagi-lagi semasa PKP ini. Ramai yang tidak dapat keluar untuk mencari rezeki. Terutama peniaga-peniaga kecil yang mana pendapatan mereka adalah berdasarkan jualan harian.
Bagi golongan yang pendapatannya berdasarkan komisen juga turut terjejas apabila golongan ini tidak dapat keluar untuk bertemu dengan pelanggan mereka. Kalau saya hendak senaraikan semua saya rasa memang akan panjang senarai dia.
Namun kita tidak boleh menunggu tanpa berbuat apa-apa untuk menjana pendapatan. Ada juga syarikat-syarikat yang telah umumkan gaji setengah bulan. Ada yang bagi cuti tanpa gaji. Ramai sudah mula buntu dengan perkembangan semasa.
Mungkin ramai yang tidak tahu apa yang mereka boleh buat untuk jana pendapatan sewaktu PKP ini. Tidak jumpa apa yang sesuai untuk diusahakan. Dibawah adalah beberapa idea yang saya boleh kongsikan pada anda untuk jana pendapatan dalam jangka masa pendek.
Hand Sanitizer
Permintaan hand sanitizer pada masa kini sangat meningkat. Rata-rata banyak tempat di kedai kebanyakkan sudah kehabisan stok. Walaubagaimana pun terdapat banyak jenama lain yang dipasarkan di dalam talian.
Ada juga syarikat yang terus melancarkan rangkaian produk hand sanitizer jenama mereka ketika ini. Dalam yang saya kenal sudah ada 2 syarikat yang saya tahu telah mengeluarkan jenama mereka sendiri. Kelebihannya produk ini boleh diposkan sahaja.
Face Mask
Gara-gara musim Covid ini, permintaan face mask terus memuncak. Dan kebanyakkannya perlu pakai buang. Bayangkan berapa banyak yang mereka perlukan untuk keperluan masing-masing. Peluang untuk jana pendapatan tambahan sangat mudah.
Penghantaran Makanan
Permintaan seperti Grab Food dan Food Panda untuk penghantaran makanan semakin mendapat tempat sekarang ini. Mungkin pada seminggu atau 2 minggu pertama masih gagah untuk memasak. Tapi apabila masuk minggu ketiga ada juga nak makan makanan lain kan?
Selain waktu PKP ini, anda masih boleh meneruskan untuk jana pendapatan ini secara sambilan. Ada juga yang terus sebagai sepenuh masa. Terpulang pada masing-masing.
Personal Shopper
Di musim Covid ramai yang takut untuk keluar rumah. Ramai yang menggunakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah masing-masing. Namun kebanyakkannya slot mereka sudah penuh untuk menampung permintaan yang sangat tinggi ketika ini.
Anda boleh tawarkan diri anda untuk membeli barang-barang di pasaraya untuk dihantarkan terus ke rumah pelanggan. Boleh tawarkan di kawasan sekitar dan berdekatan dengan anda kerana ada sekatan PKP untuk pergi bergerak jauh.
Ini antara idea yang saya terfikir pada ketika ini. Mungkin jika anda ada peluang lain bolehlah isi di ruang komen untuk membantu mereka yang memerlukan. Kita sama-sama bantu yang memerlukan.
Sambil-sambil duduk di rumah semasa PKP ini anda boleh jana pendapatan. Jika anda berminat untuk jana pendapatan yang komisennya lebih tinggi anda boleh hubungi saya terus. Stay safe semua.
#Kitajagakita
Setiap Ruang Ada Peluang
Leave a Reply