Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sudah hari ke 31 kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan atau dikenali sebagai PKP. Dalam waktu 31 hari pelbagai benda telah berubah dalam kehidupan seharian kita. Bukan kita di Malaysia sahaja malah satu dunia mengalami perubahan akibat wabak Covid 19 ini.
Cara kita berhubung pun dah bertukar semenjak PKP. Teknologi telah memainkan peranan dalam perhubungan setiap hari. Dari video call antara 2 orang hingga mesyurat dan perbincangan syarikat dan pasukan semua telah menghubungkan antara kita semua buat masa ini.
Perniagaan pun sedang mengalami perubahan mendadak pada masa kini. Perniagaan konvensional akan alami masalah teruk jika tidak ubah strategi mereka ke pemasaran online. Pelbagai jenis pemasaran online sekarang yang ada dari platform website hinggakan ke platform social media.
Platform social media pun ada pelbagai seperti Facebook, Instagram, Twitter, WeChat dan macam-macam lagi. Ini belum lagi laman web seperti Lazada, Shopee, Zalora dan macam-macam lagi jika saya hendak senaraikan. Untuk memudahkan lagi ada juga yang menyediakan aplikasi bagi memudahkan pengguna.
Dari apa yang saya perhatikan semakin ramai yang telah berubah cara untuk membeli barangan seharian dan apa yang mereka inginkan setiap hari. Bapa saya yang berumur lewat 60an pun sudah tahu membeli barang di Lazada. Ini sebelum PKP. Bayangkan semasa PKP dan selepas PKP nanti.
Ini belum lagi golongan yang lebih muda yang sudah pasti terdedah pada teknologi dan perkembangan terkini. Yang memang aktif menggunakan social media setiap hari dan setiap masa. Golongan bekerja pun memang sudah sedia dengan teknologi.
Saya jangkakan akan berlaku ledakan permintaan yang sangat tinggi di pasaran online dalam masa terdekat. Bayangkan sekarang pun beli ikan, ayam dan barangan basah lain secara online pun sudah berlaku. Ini cerita barang basah. Belum lagi barangan kering dan lain-lain lagi.
Jika anda berniaga dan tidak sediakan platform online untuk pengguna-pengguna anda membeli apa yang anda jual sudah pasti anda akan ketinggalan nanti. Saya sarankan anda laju-laju sediakan platform online yang sepatutnya. Pilih satu platform dan focus.
Kalau anda pilih Facebook teruskan untuk usahakannya. Kalau anda pilih Instagram teruskan dan usahakannya. Teruskan cari mentor-mentor yang mahir dalam bidang masing-masing dan belajar dari mereka. Ikut rapat-rapat mereka ini.
Covid19 dan PKP ini telah mengubah semua orang dari pelbagai aspek dan cara kehidupan masing-masing. Bagi yang berniaga anda kena berubah dengan pantas untuk memastikan anda terus kekal dalam perniagaan yang anda usahakan. Selamat maju jaya.
Leave a Reply