Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Anak-anak ni kalau kita ajak jom tidur hotel confirm dia orang yang paling seronok. Memang dia orang punya tak sabar tu, bangun pagi dah boleh siap-siap mandi semua tanpa perlu disuruh atau bergaduhkan. Baju-baju pun semua pandai kemas sendiri masuk dalam beg sendiri.
Sebenarnya kita sendiri pun ada perasaan seronok tu tapi sorok-sorok sikit. Tidak mahu kalahkan anak pula kan? Tapi di dalam sudut hati pasti seronok. Feeling tidur kat hotel ni lain macamkan? Lagi-lagi kalau hotel 5 bintang.
Saya kalau nak ambil atau pilih hotel ada 2 benda yang saya utamakan iaitu swimming pool dan sarapan pagi. 2 benda memang saya teliti lagi-lagi nak bawa keluarga. Yang penting untuk anak-anak ni swimming pool je bagi mereka.
Masuk sahaja ke lobby Hilton KL ni dah boleh rasa ekslusif dia dengan high ceiling kan. Rasa mewah sangat sangat. Dengan ada orang tolong bukakan pintu setiap kali anda nak keluar dan masuk ke dalam hotel.
Proses check-in pun mudah dan cepat biasanya. Ikutkan Hilton KL ni saya sudah beberapa kali menginap di sini. Biasanya 1 malam sahaja jadi tidak sempat nak ambil feel. Kali ni ada cuti panjang boleh bawa keluarga menginap 3 hari 2 malam. Boleh nikmati semua kemudahan Hilton KL ni.
Kali ini saya memilih bilik King Deluxe Plus. Memang sangat puas hati. Besar pun besar. Bilik air dia tak yah cakap la kan. Rasa boleh 2 orang tidur dalam tu lagi. Punyalah besarkan. Terkejut juga saya masa masuk bilik memula. Anak-anak dah seronok sebab bathtub dia memang besar. Rasa 2 dewasa boleh masuk.
Katil pun king size tapi rasanya macam lebih besar sebab saya sekeluarga boleh muat tidur sekali. Bayangkan lah 4 orang atas katil kan. Walaupun anak masih kecil tapi mereka ni tidur boleh tahan lasak juga. Gabungan bantal dan tilam Hilton KL ni memang sangat selesa. Hilang terus rasa penat atau letih bila tidur kat katil hotel 5 bintang ni.
Yang lagi satu menarik tentang Hilton KL ni, swimming pool dia memang besar. Dia gabungan beberapa kolam. Jadi anak-anak ni memang kena perhatikan sebab pasti dia orang keluar masuk semua kolam nanti. Kolam di Hilton KL ni juga dia berkongsi dengan Le’ Meridian Hotel yang bersebelahan dengan Hilton KL.
Sarapan pagi atau breakfast buffet di Hilton KL adalah antara yang terbaik bagi saya setakat ini. Pilihan makanan dia memang banyak dan sedap-sedap belaka. Sampai saya pun tidak tahu nak pilih atau makan apa. Nampak semua pun sedap. Tapi perut dah tidak boleh masuk lagi ni.
Memang sepanjang penginapan 3 hari 2 malam saya dan keluarga di Hilton KL sangat berpuas hati. Pagi petang anak-anak ajak mandi kolam. Nak pergi makan pun sangat senang dekat Hilton KL kerana bersebelahan dengan KL Sentral dan Nu Sentral. Ada banyak pilihan kedai makanan di sana jika anda tidak hendak makan di mana-mana restoran dalam Hilton KL.
Kalau anda hendak bercuti dalam bandar di KL memang saya cadangkan sangat Hilton KL. Banyak aktiviti dan tempat menarik sekitar Hilton KL. Harga pun berbaloi dengan keselesaan dan apa yang anda dapat. Selamat bercuti.
Cantik and atas nya hotel kah KL ni, betul-betul nak try juga suatu hari nanti, thanks for sharing!