Musim cuti sekolah hujung tahun mesti ramai yang sibuk dengan nak bawa keluarga bercuti bagai. Ada yang dalam negara dan tak kurang gak ke luar negara. Dalam pada masa yang sama ramai juga yang mempunyai anak lelaki merancang berkhatan atau bahasa pasar bersunat.
Macam-macam perasaan bila anak nak bersunat ni. Lagi-lagi kalau anak yang pertama. Si ibu lagi la kelam kabut sana sini. Si bapa biasanya tenang je sebab dah ada pengalaman berkhatan sebelum ini.
Masa pagi nak ke klinik untuk sunat anak saya tenang je. Tapi sampai kat atas katil dia dah mula panik. Sebelum mula doctor minta baca surah Al-Fatihah. Lancar je baca. Mula doctor inject bius. Punya la kuat dan laju dia baca Al-Fatihah.
Satu klinik dengar rasanya. Kalau ada budak lain kat luar pasti panik gak. Selesai bius 4 kali baru dia mula tenang. Dia dia mula kebas. Doktor tunggu dalam 5 minit untuk bagi bius berfungsi.
Ini pertama kali saya tengok sunat menggunakan laser. Laju juga doktor buat masa tu. Saya duduk dekat kepala anak saya untuk tenangkan dia sepanjang proses sunat.
Padahal saya pun tak boleh tengok darah sangat. Rasa nak pitam. Tapi anak punya pasal gagah kan juga diri tu. Kurang-kurang dia tenang sikit. Ibunya dah pergi ke hujung sebab dah tak boleh tengok.
Bila pakai laser untuk sunat ni dia ada bau terbakar skit. Cuak gak tengok doktor potong pakai laser ni. Laju je putusnya. Selesai proses memotong doktor pun mula dengan menjahit mana yang patut.
Siap-siap jahit doktor kata dah selesai dan boleh pulang. Saya pun terkejut. Takde balut ke apa ke? Doktor kata takde. Sekarang memang kita dah tak balut. Biar macam tu je. Doktor kata lagi cepat sembuh.
Mencabar gak ni nak menjaga. Anak saya dah la penakut sikit bab-bab luka ni. Doktor suruh bersihkan dengan air garam je selepas 2 hari dan seterusnya. Nak bagi kuping senang tanggal juga. Katanya kalau balut nanti dah melekat sakit nak buka balutan tu.
Memang betul pun apa doktor cakap. Masa saya sunat dulu memang kena balut. Nak buka balutan tu lagi sakit daripada masa sunat. Rasa nak penampar je nurse yang tarik balutan tu dulu. Pasti ramai yang ada pengalaman sama kan?
Apa pun pasti anda semua yang mempunyai anak lelaki yang berkhatan ada cerita yang tersendiri kan. Enjoy the moment. Selamat bercuti hujung tahun.
Leave a Reply