Sempena harijadi saya, isteri ajak gi makan-makan ke Ipoh. Pergi satu malam sahaja. Memang khas untuk jalan cari makan sedap-sedap di Ipoh. Selalu tengok kat FB dan Insta je kan. Kali ni nak pergi terus.
Untuk booking hotel semua isteri saya uruskan. Dia dah siap booking lagi awal rupanya. Nama hotel pun saya tidak tahu. Masa nak drive ke Ipoh pun semua dia yang waze. Saya hanya pandu sahaja.
Sampai je di Ipoh kami singgah makan dulu. Kedai pertama kami ialah Rojak & Cendol Padang Ipoh. Kalau dah check in memang dah tidak keluar dah. Memang malam baru keluar nanti.
Lepas selesai makan kami terus ke hotel. Saya hanya pandu je. Tidak tahu nama hotel. Dari restoran tu tidak jauh pun. Dalam 5 minit drive je. Dari jalan besar dah boleh nampak Weil Hotel. Betul-betul sebelah Ipoh Parade. Memang bersambung dan ada laluan khas ke Ipoh Parade.
Dari jauh pun dah nampak style hotel butik ini. Memang terletak di tengah Ipoh. Senang hendak ke mana-mana. Parking pun naik ikut Ipoh Parade nye parking. Kiranya kongsi kawasan parking.
Check in semua isteri yang buat sebab surprisekan? Anak-anak happy tak yah cakap la kan. Dok terperap dalam rumah je selama ni. Dia orang pun dah naik bosan kat rumah. Dapat check in hotel pun dia orang dah seronok.
Selesai check in kami pun naik ke atas. Tingkat kedua paling atas. Atas sekali swimming pool, bar dan taman. Rupanya tingkat kami duduk ni cam clubhouse nye tingkat. Siap ada lounge sendiri. Tapi sekarang ni tutup sebab PKPB.
Masuk je bilik memang terkejut la. Dia punya bathtub / jakuzzi punya la besar dekat tengah bilik. Muat untuk 2 orang dewasa. Sesuai sangat kalau pasangan yang gi honeymoon.
Bilik air dia pun semua pakai kaca je. Memang boleh tengok dari luar. Harapkan ada blinds untuk tutup kalau pergi dengan anak-anak. Saiz bilik dia memang puas hati besar. Dengan King Size bed lagi.
Saya pula terus cuba tilam hotel. Memang best. Topper dia pun tebal. Saya memang cerewet sikit bab tilam ni. Dah bayar bilik hotel mesti la nak tidur selesa. Bantal dia pun empuk.
Anak-anak punya la tak sabar nak masuk jakuzzi. Isteri rupanya senyap-senyap dah bawa baju mandi dia orang. Anak-anak pun tak tahu yang bilik ni ada jakuzzi besar. Memang puas hati la.
Musim PKPB ni nasib baik swimming pool dia buka. Itu pun kami pergi tengok dulu. Kalau ramai memang tak jadi la nak terjun. Nasib anak-anak memang tiada orang. Dia orang je yang ada. Apa lagi memang terjun terus la.
Itu pun tak lama sebab pukul 7pm dah tutup. Sambung pula kat dalam bilik nya jakuzzi. Memang seronok la budak-budak ni dapat air. Dapat dalam bilik pulak tu. Sampai biru gak la kesejukkan baru nak keluar.
Kami siap minta extra bed untuk anak sulong saya pun ruang bilik masih luas. Memang puas hati la duduk kat Weil Hotel ni. Orang kata makanan kat hotel ni pun sedap-sedap. Tak sempat nak rasa sebab dok sibuk makan kat luar je.
Secara keseluruhan memang kami berpuas hati sepanjang kami di Weil Hotel. Silap-silap lepas ni kalau ke Ipoh lagi kami akan duduk di sini. Nanti anda cuba la ye dan share komen di bawah bagaimana pengalaman anda pula.
Leave a Reply