Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Setelah lama berkurung dan terperap dalam rumah semenjak PKP bermula 18 Mac, hari ini baru dapat bawa anak-anak keluar jalan-jalan. Duduk kat rumah lama-lama pun boleh jadi tepu.
Pagi ini saya bawa sekeluarga ke Taman Tugu. Dah lama niat nak pergi bawa anak-anak lepas tengok gambar kawan yang pergi. Memang sangat menarik mereka buat trail Taman Tugu ini.
Selepas masuk ke kawasan Taman Tugu ini terus hilang rasa duduk dekat bandar. Memang terus semua nampak hijau je. Bunyi kenderaan pun tak dengar. Betul-betul rasa macam dalam hutan.
Padahal Taman Tugu ni betul-betul di tengah bandar Kuala Lumpur. Ramai juga yang ambil kesempatan hujung minggu untuk bawa keluarga untuk menikmati kehijauan Taman Tugu.
Untuk masuk pun perlu beratur dan mereka ambil suhu dan perlu isi nama sebagai langkah SOP waktu PKPP ini. Proses agak laju juga walaupun ramai.
Taman Tugu ini mempunyai beberapa trail yang anda boleh pilih dan anda tidak perlu risau sesat ke semasa melalui trail ini. Ada beberapa check point di dalam trail yang anda boleh ikut.
Tanda arah juga ada di setiap checkpoint trail didalam Taman Tugu ini. Jadi sangat senang jika anda dan keluarga hendak berjalan dalam trail ini.
Untuk ke sini anda hanya perlu waze “Taman Tugu Nursery” pun boleh. Dia atas sedikit dari tempat Tugu Negara. Terdapat kawasan letak kereta didalam Taman Tugu ini. Jadi anda tidak perlu letak kereta di tepi bahu jalan.
Terdapat tandas di kawasan letak kereta. Bilik untuk salin bayi pun juga ada disediakan. Ada juga kawasan untuk duduk rehat selepas letih berjalan trail disini. Buat masa ini tempat ini ditutup sementara.
Sepanjang trail juga terdapat info mengenai jenis pokok tersebut. Terdapat lebih kurang 4,000 jenis spesis pokok di Taman Tugu ini. Ini tidak termasuk binatang dan juga jenis serangga yang terdapat disini.
Pastikan anda pakai pakaian sukan dan juga kasut sukan jika bercadang untuk ke sini. Boleh tahan juga mencabar kalau tidak pakai kasut sukan nak jalan dalam trail ni.
Banyak juga naik turun bukit sepanjang trail disini. Ada sesetengah sedikit curam. Jadi pastikan anda pegang tangan anak anda jika naik atau turun terutama anak kecil.
Pastikan juga ada membawa air yang mencukupi sepanjang trail disini. Boleh jadi anda kehausan jika cuaca panas. Terdapat juga beberapa tempat yang anda boleh berehat dan tempat duduk juga disediakan sepanjang trail ini.
Jadi boleh la ambil nafas dulu jika memang anda keletihan. Anak-anak juga boleh rehat dan bermain sebentar selepas penat berjalan. Anak-anak memang kekadang terlebih tenaga bila tengah seronok.
Bagi yang ingin tukar angin memang saya cadangkan sangat untuk bawa keluarga beriadah sambil menikmati kehijauan di Taman Tugu ini. Dapat tenangkan mata, minda dan juga udara segar.
Leave a Reply