Tanggal 7 Julai lepas adalah ulang tahun perkahwinan saya bersama isteri tahun yang ke 12. Iklan promosi tentang Le Petit Chef lalu di Facebook saya beberapa bulan sebelum ini. Tetiba baru teringat dan terus buat tempahan secara online bagi menyambut ulang tahun kami.
Le Petit Chef atau dikenali sebagai “The world’s smallest chef” ini berasal dari Belgium. Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mempersembahkan Le Petit. Chef terkenal bertaraf Michelin, Jeff Ramsey merupakan chef yang menyediakan makanan.
Ia menggabungkan bunyi, 3D projection dan masakan bertaraf dunia menjadikan ia satu pengalaman unik. Terdapat 3 pakej yang anda boleh pilih yang bermula dengan harga RM299, RM499 dan RM999 untuk seorang. Le Petit menyajikan ‘4 course’ untuk setiap pakej dan sesi.
Anda boleh layari website di bawah untuk pakej-pakej yang ditawarkan:
https://www.elements.my/le-petit
Di laman web ini juga anda boleh membuat tempahan. Jika anda telefon untuk buat tempahan, mereka akan meminta untuk buat tempahan melalui laman web di atas. Semasa buat tempahan anda boleh pilih untuk tujuan apa dan juga jika anda ada permintaan tambahan.
Untuk sajian pertama, ia di beri nama ‘Bouillabaisse’. Ia merupakan sup campuran udang, ketam bisque dengan seabream Koji, Scallop Hokaido, Kepah Jepun dan Saffron. Saya kurang gemar sikit sup ni. Mungkin bagi penggemar makanan laut suka.
Bagi sajian kedua, ia dipanggil ‘Tail Spin’ yang mana menyajikan udang panggang mentega berserta dengan sos amerika, kaviar avruga dan Sabayon. Memang sangat enak. Walaupun bukan penggemar udang. Tapi masakannya ‘just nice’.
Untuk ‘main course’ anda boleh pilih samada daging ‘Le Beouf’ atau ayam ‘Roasted Aged Chicken Breast’. Kedua-dua pun sedap. Dagingnya dimasak sempurna dan garing di luar. Masakan ayamnya pun tidak kurang lembutnya. Memang senang dipotong dan lembut. Kalau diberi peluang lagi sekali saya akan memilih ‘Le Beouf’ masakan daging.
Dan pemanis mulutnya pula, aiskrim Vanilla berserta dengan 70% dark coklat. Memang sesuai sangat sebagai penutup untuk makan malam. Boleh kata semua makanan yang disajikan masakannya cukup rasa dan cukup enak.
Yang terakhir sekali ialah kek sempena sambutan ulang tahun perkahwinan. Saya telah memilih semasa membuat tempahan di laman web. Siap dengan tulisan ‘Happy Anniversary’, kek nya juga cukup lazat berperisa kopi. Tidak terlampau manis.
Boleh saya simpulkan pengalaman makan malam Le Petit ini satu pengalaman unik dan sangat menarik. Makanannya pun cukup sedap. Dibawah adalah alamat bagi anda jika ingin berkunjung untuk alami pengalaman unik ini:
Hive, Unit H-G-11, Trec 438,
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Leave a Reply