Semua pasti sibuk hari pertama anak-anak mula bersekolah. Lagi-lagi anak kecil yang mula tadika. Satu dua hari ni penuh kat laman social macam-macam ragam anak masing-masing hari pertama di sekolah.
Saya juga tidak terlepas dengan keadaan yang sama. Semalam merupakan hari pertama anak kedua saya iaitu Zara memulakan sesi tadika dia. Mungkin ada yang tidak tahu lagi. Zara merupakan anak istimewa. Dia dilahirkan dengan Hemifacial Microsomia.
Macam-macam perasaan sebelum hendak hantar dia ke sekolah. Risau, bimbang, cuak semua pun bercampur-campur. Tapi tanya dia, dia tak sabar nak ke tadika malam sebelumnya.
Pagi semalam pun masa kejut bangun pagi dia tak ada masalah langsung untuk bangun. Malah ceria sahaja. Dia bersiap mandi semua dengan senang. Sekejap je nak bersiap dan bersedia untuk ke tadika.
Saya risau jika-jika penerimaan kawan-kawan dia di tadika. Jika ada yang bertanya tentang keadaannya. Jika ada yang ejek atau bulinya. Risau dia tak nak ke sekolah lagi. Risau dia jadi rendah diri.
Inilah yang saya paling bimbang bila Zara mulakan alam persekolahan. Walaupun sibuk selesaikan anak sulong saya ke sekolah dia dan isteri uruskan Zara. Hati tidak tenang. Selesai je uruskan anak sulong terus saya ke tadika Zara.
Sampai ke tadikanya nampak dia sangat tenang. Duduk di hadapan sekali. Siap boleh lambai bila nampak saya. Dengan senyum. Nampak dia sangat seronok. Saya tunggu juga sekejap. Tengok dari jauh.
Nampaknya dia macam tidak kisah kat saya dan isteri. Kami cakap kami nak balik untuk pergi makan sarapan dia siap angguk dan lambai sambil senyum. Betul tak heran kat kami. Mungkin dia seronok ada kawan-kawan baru.
Untuk hari pertama semalam sesi pendek sahaja. Pukul 10:30 pagi dah habis. Nak bagi budak-budak untuk sesuaikan diri dulu. Kami pun beredar untuk pergi sarapan dulu dan isteri saya ambil balik pukul 10:30 pagi.
“It was fun mama”. Itu lah ayat pertama keluar dari mulut Zara. Fuhh.. memang lega habis bila dengar itu. Seronok nampak Zara. Balik rumah pun dia tak habis bercerita apa yang dia buat dekat tadika.
Nak jadi cerita, malam sebelum hari pertama persekolahan sambil tengah tukar siaran dekat TV boleh pula tertukar ke filem bertajuk Wonder. Kisah bagaimana seorang kanak kecil yang mempunyai masalah kesihatan yang hampir sama dengan Zara mula bersekolah.
Boleh pula tayang malam tu. Lagi la saya perasaan tu bercampur-campur. Risau apa yang saya fikirkan tu terjadi. Dan saya faham apa yang dalam filem itu dan saya boleh rasa. Mungkin entri saya yang akan datang saya boleh kongsikan pasal filem ini. Memang sangat menarik jika ada anak-anak yang ada kondisi.
Apa pun saya sangat lega semalam selepas sesi pertama hari persekolahan Zara. Harap hari-hari akan datang Zara dapat sesuaikan dirinya di alam persekolahan.
Leave a Reply