Apabila diumumkan pasukan kami memenangi cabaran untuk percutian kapal mewah memang punyalah seronok. Walaupun ini merupakan pelayaran kali kedua bagi saya tapi agak berbeza kerana kali ini saya akan pergi bersama-sama kawan seperjuangan.
Pada mulanya ingat kapal Star Cruise yang biasa tu. Tetapi kali ni bos kata kita akan naik kapal baru. Yang jauh lebih besar dari kapal-kapal Star Cruise yang lain. Walaupun dah tengok gambar dan video. Masa tu cam tak boleh nak bayangkan lagi.
Pelayaran kami selama 4 hari 3 malam bermula dari Singapura-Pulau Pinang-Phuket-Singapura. Kumpulan kami seramai 134 orang menaiki 3 buah bas menuju ke Singapura. Masa bas hampir sampai dipelabuhan, pada masa itu lah baru nampak betapa besarnya kapal yang akan kami naiki. Jauh lebih besar dari kapal yang saya pernah naiki sebelum ini. Tak tergambar perasaan pada masa tu.
Nama kapal ini ialah Dream Cruise. Kapal ini boleh memuatkan 3,352 penumpang pada satu masa. Panjang kapal ini 335 meter. Ada 19 tingkat. Atau dalam bahasa kapal 19 dek. Ada 1,674 bilik (staterooms). Ada 13 restoran dan 10 bar & lounge. Besarkan?
Yang lagi best wall climbing pun ada, 2 kolam renang, 6 jakuzi, waterslide, mini golf, theater, kasino, karaoke, spa, gym, zouk club dan juga kedai bebas cukai untuk shopping.
Nak masuk check-in ke dalam kapal pun mengambil masa beberapa jam. Bayangkan ada 3,000 lebih nak masuk kan. Nak masukkan beg lagi. Nak ambil kunci bilik lagi. Memang ambil masa. Masa dapat kunci pun dah seronok. Terus cari kat mana bilik ikut peta yang saya dapat.
Episod yang tidak dijangka
Masuk je kapal, saya pun mula la mencari bilik. Punya la besar kapal kan. Berpusing juga la pada mulanya. Masuk je bilik, bermulalah episod yang tidak dijangkakan. Untuk percutian ini, saya dan isteri saya layak untuk pelayaran ini. Kami berdua bekerja sekali.
Isteri saya rupanya “claustrophobic”. Baru saya tahu. Tak boleh semua tertutup. Bilik kami tidak ada tingkap sebab antara dek bawah. Terus isteri tanya boleh ke kita tukar bilik. Kapal dah nak belayar dah ni. Naiklah kami ke dek 6 dimana semua urusan pasal bilik atau apa-apa di sana. Kami berjumpa dengan pekerja disana dan bertanya kalau kami boleh tukar bilik yang ada tingkap atau balkoni.
Dia minta kami tunggu sekejap dan dia panggil ada seorang “butler” disitu untuk kami berbincang. Semasa perbincangan itu kami ditawarkan untuk upgrade dari bilik biasa ke Palace Suite yang mana bilik nya hampir 3 kali ganda lebih besar, ada “butler service” sendiri, wifi percuma sepanjang pelayaran, makan di mana-mana restoran pilihan kami sekali sehari percuma, buffet percuma sepanjang pelayaran 3 kali sehari, special access kepada kemudahan yang hanya untuk member’s palace sahaja, percuma minuman di semua restoran dan bar dan macam-macam lagi dengan harga $1000 Singapore Dollar.
Kalau nak hanya upgrade bilik yang ada balkoni pun dalam $600 Singapore Dollar. Lama juga kami berfikir. Siap pergi tengok bilik Palace Suite dulu. Apabila kira-kira balik dan ini pengalaman sekali seumur hidup kami pilih untuk upgrade ke Palace Suite. Dan kami sangat-sangat berpuas hati dengan layanan dan kemudahan yang kami dapat sepanjang perlayaran ini.
Di setiap tempat kami berhenti untuk berlabuh, kami dapat special priority lane yang mana kami dapat turun lebih awal dari yang lain. Jadi kami tidak banyak bazir masa untuk beratur semasa kami hendak turun di Pulau Pinang dan Phuket.
Salah satu kelebihan Palace Suite ni, kami ada kolam renang dan jakuzi yang berasingan. Yang mana tidak ramai. Jadi kami dapat menikmati jakuzi dengan tenang yang berada betul-betul di hadapan kapal. Jakuzi ni boleh dikatakan tersorok juga dari pandangan orang ramai. Jadi adalah privacy sikit.
Sepanjang pelayaran kami, kalau ada apa-apa masalah atau yang memerlukan kami buat tempahan, kami hanya perlu telefon “butler” kami sahaja. Semua dia akan uruskan. Kami hanya pergi sahaja dan enjoy. Nak gosok baju pun dia boleh uruskan. Betul rasa cam raja kat atas kapal masa tu.
Setiap hari bilik akan dikemas. Setiap petang juga ada yang datang membawa buah atau manisan dan juga “turndown” bilik untuk persiapan tidur malam. Pergi mana-mana restoran atau bar, minuman semua percuma. Pergi layan live band ke. Duduk minum sembang dengan kawan-kawan semua percuma.
Sepanjang pelayaran ini memang penuh dengan macam-macam aktiviti diatas kapal. Sentiasa ada je benda nak buat. Sampai ada yang tak sempat nak explore bahagian kapal yang lain. Ada pelbagai persembahan sepanjang pelayaran. Anda hanya perlu booking sahaja dan kebanyakkannya adalah percuma. Dah termasuk dalam pakej bilik. Aktiviti-aktiviti di atas kapal pun boleh kata hampir semua percuma. Anda hanya perlu cari masa untuk cuba semua kalau sempat.
Lagi-lagi kali ni pelayaran ni semua dengan kawan-kawan, memang kecoh habis kat atas kapal tu. Memang semua enjoy habis sepanjang pelayaran 4 hari 3 malam.
Lepas ni bercadang nak bawa anak-anak sekali untuk merasa percutian atas kapal pula. Nak bagi dia orang pula merasa. Doakan ye.
Leave a Reply