Petang tadi saya berkesempatan untuk test drive keluaran terbaru BMW 3 series 330i M Sport (G20). Ini pun setelah hampir seminggu menunggu untuk mendapatkan slot test drive ini. Model ini baru dilancarkan di Malaysia penghujung Mac 2019.
BMW telah membawa masuk 1000 unit bagi model ini untuk dipasarkan di Malaysia. Rata-rata penggemar BMW terutama yang meminati 3 series memang menunggu kemunculan model terbaru ini.
Pengalaman test drive petang tadi masih terbayang-bayang lagi sehingga sekarang. Dengan bunyi ekzos dan enjin nya sangat mengancam terutama bila di dalam sports mode. Terdapat juga lagi 2 mode iaitu eco mode dan comfort mode untuk pemanduan biasa.
Model ini berupaya untuk capai 0-100km/j hanya dalam 5.8 saat sahaja. Laju kan? Tekan sekejap je dah cecah 100km/j. Bagi saya model ini antara paling best antara model 3 series lain yang pernah saya pandu. Model ini lebih “responsive” dan sangat “agile”.
Dari segi prestasi dan pemanduan memang sangat berpuas hati. Sedikit kecewa semasa test drive tadi disebabkan oleh hujan. Tidak dapat betul-betul layan corner. Tapi untuk atas highway memang sedap tekan.
Untuk model ini, BMW memperkenal personal assistant ala Siri dalam produk Apple. Anda boleh bercakap dan bertanya dengan ia. Hanya perlu cakap “Hey BMW” untuk aktifkannya. Anda boleh kawal penghawa dingin, bertanya cuaca, kawal radio, navigation dan macam-macam lagi melalui suara anda sahaja. Dikatakan anda juga boleh “menamakan” mengikut apa yang anda nak panggil.
Paparan besar 10.25 inci berserta touchscreen untuk kawalan kereta, setting, hiburan dalam kereta, navigasi dan beberapa lagi memudahkan pemandu untuk melihat. Paparan meter digital juga sangat kemas dan menarik. Navigasi juga boleh dipaparkan di tengah meter bagi memudahkan pemandu.
Ruang duduk depan dan belakang juga lebih besar dan selesa bagi model terbaru ini. Terdapat juga penghawa dingin bagi penumpang belakang dan ia boleh dikawal secara berasingan.
Satu lagi yang menarik mengenai model ini ialah ia mempunyai “reverse assist” yang mana membantu pemandu reverse terutama melalui ruang sempit. Agak menakutkan sebab steering akan pusing dan adjust sendiri. Hanya perlu tekan minyak je.
Harga bagi model ini ialah RM328,800 dan buat masa ini hanya satu variasi sahaja di bawa masuk ke Malaysia. Belum pasti bila variasi lain akan dibawa ke Malaysia. Secara keseluruhan boleh saya katakan model 330i ni adalah model yang terbaik BMW pernah hasilkan bagi 3 series. Kena dengan tagline dia.
“The legend lives on”
Penggemar BMW 3 Series
teebaik