Penting ke target setting ni? Perlu ke? Pasti ramai yang terfikir apabila pakar-pakar motivasi cerita pasal target setting ni. Kekadang bos-bos pun tanya apa target. Kita ni terkebil-kebil la nak jawab. Lagi-lagi geng yang buat sales ni.
Nak letak target tinggi nanti tak capai kena marah pulak. Nak letak rendah play safe tak mencabar pula. Jadi ramai yang serba salah berapa target yang kita patut letak untuk diri sendiri. Walaupun bekerja sendiri atau perniagaan sendiri sudah pasti anda akan ada target yang anda nak capai.
Kenapa saya katakan target setting ini sangat penting? Ia umpama hala tuju apa yang kita hendak capai dalam apa yang kita akan lakukan.
Contohnya kalau kita pakai aplikasi Waze, sudah pasti kita akan letak mana destinasi yang kita hendak tuju baru Waze boleh bagi arah jalan kepada kita. Kalau tidak Waze pun tidak tahu nak bagi arah jalan mana untuk kitakan?
Kalau kita bermain bola sepak tapi tiada tiang gol. Macam mana tu kan? Kat mana kita nak score? Tak kan nak main passing sahaja. Boring la kan. Bila ada tiang gol baru kita sebagai satu pasukan ada hala tuju dan matlamat untuk buat jaringan gol.
Lagi satu contoh kalau kita masuk acara memanah tapi tiada tempat target tu, kita nak panah ke mana kan? Tak kan kita nak main suka-suka panah sana sini. Boring la kan. Mesti la ada tempat yang kita boleh sasarkan.
Sama seperti dalam kehidupan kita seharian. Sama juga dalam apa juga bidang pekerjaan atau perniagaan yang kita ingin lakukan. Sudah pasti target setting ini sangat penting untuk menentukan hala tuju kita.
Hala tuju biasa memang kita akan amik yang paling besar. Kadang-kadang rasa macam tak logik pun ada. Tidak mengapa. Lepas dah ada target yang besar baru kita ‘work backward’ macam mana nak capai target yang kita tetapkan.
Tetapkan jangka masa untuk kita capai target untuk kita capai. Dalam hendak mencapai kita boleh letak target yang kecil-kecil untuk pastikan target kita di landasan yang betul. Boleh jadi ‘check & balance’ target kita.
Percayalah target setting ini sangat penting untuk anda capai apa impian anda. Kalau boleh anda lihat target anda setiap hari untuk ingatkan diri sendiri. Boleh lekat dipintu bilik tidur ke, cermin dalam bilik tidur ke. Janji tempat yang anda boleh lihat setiap hari.
Kalau kita dah tengok setiap hari pasti lama-lama kita capai target yang kita nak. Masa sahaja yang menentukan. Selamat mencuba.
Leave a Reply