Hari ni kita lihat ramai jurujual diluar sana. Macam-macam barang dan dari pelbagai latar belakang. Bagi saya, seorang usahawan dan peniaga juga adalah jurujual. Kenapa saya kata begitu? Sebab mereka juga perlu menjual apa yang mereka niagakan itu.
Tapi apa yang membezakan ramai jurujual diluar sana? Ada yang berjaya dan ada juga yang kurang berjaya walaupun menjual barang atau produk yang sama. Latihan dan kelengkapan pun sama. Pengalaman saya selama 15 tahun apa yang saya perhatikan dan simpulkan ialah faktor disiplin.
Pengurusan masa
Disiplin pengurusan masa sangat penting bagi seorang jurujual. Jurujual perlu mengagihkan masa untuk belajar produk, pergi buat jualan, buat follow-up, pergi temujanji dan macam-macam lagi.
Jadi adalah sangat penting bagi seorang jurujual untuk membuat jadual atau planner untuk merancang aktiviti anda. Dan sangat penting untuk ikut jadual anda.
Contoh kalau ada temujanji pukul 3pm sebaik-baiknya anda sampai 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan. Anda pun akan lebih tenang dan boleh buat persiapan yang sepatutnya untuk membuat jualan.
Beraktiviti
Karier jurujual biasanya tiada masa yang tetap seperti kerja biasa 9am-5pm. Biasanya jurujual bebas untuk bekerja janji capai sasaran. Jadi jurujual perlu sangat disiplin dengan masa yang ditetapkan untuk buat aktiviti.
Jika anda sudah tetapkan 1 jam untuk temujanji, pastikan dalam 1 jam anda selesaikan temujanji. Kalau kita sudah tetapkan 1 jam untuk follow up, pastikan kita guna sepenuhnya 1 jam itu untuk follow up.
Fleksibel
Walaubagaimanapun jika ada keperluan tidak ada masalah untuk kita ubah masa yang kita telah tetapkan. Jurujual juga kena fleksibel bila ada keperluan. Tapi jangan la gunakan ia sebagai alasan untuk membuang masa atau menangguh kerja yang sepatutnya dilakukan.
Sebagai seorang jurujual yang baik, pasti anda dapat membezakan kerja yang memberi hasil dan yang tidak mendatangkan hasil. Saya percaya disiplin adalah salah satu faktor utama untuk membentuk anda sebagai seorang jurujual berprestasi tinggi.
Untuk permulaan anda boleh cuba untuk sampai pejabat 1 jam sebelum waktu kerja. Contoh patut masuk kerja pukul 9am, anda cuba sampai pejabat 8am. Pasti ada perubahan.
Cukup perkongsian saya hari ini. Insyallah saya akan berkongsi lagi tip-tip akan datang. Selamat mencuba.
Good site you have here.. It’s hard to find quality writing like yours these days.
I truly appreciate people like you! Take care!!
deckosport.com recently posted…deckosport.com