Ada yang menggelar Maldives sebagai syurga dunia. Kalau tengok gambar-gambar kepulauan Maldives ada yang sampai terpegun keindahannya. Dengan air birunya dan sangat jernih. Dengan cuaca yang sangat sesuai untuk percutian di pulau-pulau atau tepi pantai.
Saya masih terbayang-bayang. Keindahan Maldives. Macam baru pergi semalam rasanya. Pada hari saya sampai ke Maldives, agak lewat dan hampir senja. Menaiki bot waktu malam di tengah-tengah Lautan Hindi memang gelap gelita. Tiba di hotel yang saya tempah terus masuk ke bilik untuk berehat malam itu.
Baru letak beg terus pergi ke balkoni untuk nak tengok laut. Saya memang cari jenis yang duduk atas laut. Water chalet la kan dalam bahasa Inggeris. Dah lama impikan. Dalam gelap dengan hanya cahaya dari bilik saya, kelihatan ikan-ikan berenang di bawah chalet. Punya la seronok. Macam jakun pun ada juga masa ni saya dengan isteri saya. Lama juga kami di balkoni untuk menikmati malam yang sangat tenang di Maldives.
Pada esok paginya, sebelum matahari terbit kami dah bangun untuk layan ‘sunrise’. Kebetulan balkoni kami memang menghadap matahari terbit. Masyallah sungguh indah ciptaan Allah swt. Lepas dah puas layan kami pun bersiap untuk buffet sarapan pagi yang termasuk sekali dalam pakej hotel kami.
Restoran utama hotel kami terletak di tepi laut. Bersebelahan dengan jeti yang kami tiba malam sebelumnya. Kami memilih untuk duduk diluar untuk sarapan pagi. Dengan udara yang sungguh nyaman. Pemandangan laut seperti tiada penghujungnya. Laut yang jernih kebiruan. Boleh nampak dasar laut.
Maldives adalah tempat yang sangat tenang. Aktiviti di sini semuanya berkaitan dengan air. Pada waktu sebelah petang, kami sertai ‘Cruise with dolphin’. Selalu tengok dalam tv je. Kali ni nak tengok live. Tertunggu-tunggu juga kami pada awalnya. Tetiba pekerja hotel memanggil kami untuk bersedia.
Tidak lama kemudian kelihatan sekumpulan ikan lumba-lumba bersebelahan dengan kami dan membuat pelbagai aksi akrobatik. Terpegun kami sementara. Pada malamnya kami hanya bersantai di kawasan hotel di tepi pantai sambil melihat bintang-bintang di langit.
Tidak lengkap kalau datang ke Maldives tidak pergi aktiviti snorkeling. Pada esoknya, seharian kami snorkeling. Ada 3 tempat yang mereka bawa pergi. Biasa kita pergi snorkeling dekat Malaysia dekat-dekat je. Kalau kat Maldives memang turun kat tengah-tengah lautan.
Ada satu tempat yang kami turun tu memang ada satu tu je kat tengah-tengah laut boleh berdiri. Untuk sampai ke tengah kena berenang. Bot yang kami naiki tidak boleh masuk kerana takut akan merosakkan batu karang sekitarnya.
Berdebarlah juga untuk turun snorkeling kat tengah-tengah lautan. Memang disarankan sangat-sangat untuk pakai jaket keselamatan walaupun pandai berenang. Boleh jadi cepat letih. Dapat lihat pelbagai jenis ikan semasa kami disana. Nasib baik tidak jumpa jerung ke apa kan. Risau juga. Masa inilah yang dapat melihat sebiru-birunya air laut Maldives.
Dekat laut bawah hotel kami, pada waktu malam kami dilarang untuk mandi kerana pada waktu malam pelbagai jenis ikan-ikan keluar terutama jerung. Memang kami boleh lihat anak jerung berenang-renang dari balkoni bilik kami. Bukan seekor. Memang ada beberapa ekor. Termasuk lah ikan pari. Waktu malam duduk kat balkoni sambil baring melihat ikan-ikan berenang dan bintang-bintang di langit menjadi aktiviti wajib.
Pada hari terakhir kami disini memang terasa sangat berat untuk pulang. Rasanya macam tidak cukup je lagi. Kalau boleh nak tambah lagi seminggu ke, sebulan ke kan. Tapi apakan daya rindukan anak-anak dirumah.
Walaupun beberapa hari sahaja di Maldives, kos untuk water chalet, makan minum, penerbangan dan lain-lain yang berkaitan mencecah RM15k juga. Tapi memang berbaloi dengan pengalaman luar biasa yang dialami.
Jika tidak mengusahakan perniagaan sekarang ni, entah tahun bila akan dapat bercuti setiap tahun ke destinasi idaman. Maldives, Korea dan beberapa lagi tempat telah berjaya dijejaki.
Ada yang bayar sendiri, ada juga yang ditaja sepenuhnya. Percutian ke tempat idaman, ditaja pula, siapa yang tak nak kan.
Andai anda ingin turut sama dengan saya, berjalan ke serata pelusuk dunia, menikmati pemandangan dan budaya berbeza di pelbagai tempat.
Peluang sedang terbuka luas, saya sedang mencari rakan niaga yang gemar untuk melancong. Bila melancong dalam kumpulan ni, pengalaman berbeza, kos lebih jimat dan yang paling seronok dapat mengenali antara satu sama lain.
Adakah anda individu yang akan bersama mengembara ke serata dunia? Tak semestinya perlu melancong bersama saya, cuma kita usahakan agar sama-sama dapat ke semua destinasi idaman.
Jika anda ingin saya tunjukkan bagaimana untuk boleh melancong setiap tahun ke mana-mana lokasi idaman, klik link di bawah untuk saya hubungi. Lebih mudah untuk berjumpa dan saya terangkan di pejabat saya. Jumpa anda di benua lain tahun hadapan (sebab pergi melancong).