Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Untuk entri kali ini saya hendak berkongsi dengan anda semua tentang perniagaan tanpa modal. Ramai yang ingat semua perniagaan perlukan modal yang besar untuk permulaan. Tapi percayalah ada perniagaan yang tidak memerlukan modal.
Modal disini maksud saya ialah modal untuk membeli stok barangan untuk memulakan perniagaan. Stok barang untuk dijual. Supaya ada urusan jual beli. Supaya boleh jana keuntungan daripada penjualan stok. Keuntungan yang kita dapat kita asingkan modal asal dan untung bersih. Modal asal kita gunakan untuk pusingan modal.
Ini yang selalu ramai orang tersangkut atau terjerat dengan duit pusingan modal yang ada. Ada juga yang guna semua keuntungan yang dijanakan sebagai perbelajaan sendiri tanpa mengasingkan modal asal mereka. Tidak kurang juga mereka yang kekurangan ilmu dalam perniagaan.
Perniagaan pada asasnya ialah urusan jual beli. Apabila ada jual beli bermaksud sebagai orang yang berniaga perlu menjual. Ramai yang malu nak menjual. Takut kena kecam. Takut kena hina. Malu. Pelbagai lagi perasaan pun ada. Kalau takut nak menjual bagaimana nak berniaga?
Bagi saya adalah lebih selamat untuk bermula untuk berniaga dengan perniagaan yang tidak memerlukan modal. Atau modal yang sangat minimum. Perniagaan yang tidak memerlukan modal dari segi duit bagaimana pun akan memerlukan modal dari segi masa dan tenaga.
Jadi apa perniagaan yang tidak memerlukan modal ini tapi anda boleh jana pendapatan yang tiada had? Perniagaan yang anda boleh buat sambil-sambil dahulu tanpa perlukan anda berhenti kerja yang ada sekarang. Dalam pada masa yang sama anda boleh belajar bagaimana hendak menguruskan perniagaan. Jom kita tengok antara perniagaan di bawah:
Perniagaan jenis dropship / affiliate
Untuk jenis perniagaan dropship ini kebanyakkannya tidak memerlukan modal atau komitmen yang tinggi. Bergantung pada jenis produk juga. Tapi anda lebih agen menjual. Anda tidak perlu risau tentang penghantaran atau apa. Kebanyakkan HQ atau stokist yang akan uruskan.
Agen Produk
Ada beberapa syarikat yang menawarkan peluang sebagai agen untuk jualan. Segala proses pemasaran, logistik, dan macam lagi di uruskan oleh pihak HQ. Biasanya untung jualannya jauh lebih banyak berbanding dropship. Latihan dan bimbingan semua disediakan oleh pihak HQ.
Agen Insurans / Unit trust
Sekarang terdapat beberapa syarikat insurans dan unit trust berada di pasaran berbanding beberapa tahun lepas. Mereka juga menawarkan peluang untuk jana pendapatan dan latihan yang disediakan.
Harap senarai di atas mungkin serba sedikit dapat memberi idea dan peluang untuk anda cuba. Bagi saya senarai di atas dapat membantu dan mempersediakan anda sebelum betul-betul menceburi bidang perniagaan yang cabarannya berliku-liku. Selamat mencuba.
Leave a Reply