Betul ke nak berhenti kerja? Kenapa hendak berhenti kerja? Rata-rata ramai yang hendak berhenti kerja kerana ada sesuatu yang kita hendak usahakan. Ada yang hendak ceburi bidang baru. Ada yang hendak menjalankan perniagaan sendiri.
Tapi betul ke kita dah bersedia untuk berhenti kerja? Ini persoalan paling utama. Di bawah saya kongsikan beberapa tips persediaan jika memilih untuk berhenti kerja untuk menjalankan perniagaan sendiri.
Simpanan
Apabila kita memilih untuk berhenti kerja, ini bermakna sumber pendapatan utama kita juga akan putus. Adakah kita bersedia? Adakah kita dapat menjana pendapatan yang sama atau lebih jika kita menjalankan perniagaan kita.
Pada kebiasaanya disarankan kita mempunyai simpanan 6 bulan gaji terakhir sebelum berhenti kerja. Ini untuk menampung segala perbelanjaan kita jika perniagaan kita memerlukan sedikit masa sebelum menjana keuntungan.
Perbelanjaan
Sebelum berhenti kerja, lagi elok kita kurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya untuk sementara. Jika tiada keperluan mendesak disarankan untuk tidak menambah komitmen bulanan kita.
Amalkan perbelanjaan berhemah di awal permulaan perniagaan kita. Perlu beringat kita baru bermula. Kita belum tahu apa cabaran yang menanti kita pada bulan akan datang.
Masa
Ini antara yang menjadi faktor utama samada kita dapat teruskan perniagaan kita bagi saya. Ramai yang berhenti kerja secara tiba-tiba merasa mereka ada banyak masa.
Betul, ini adalah antara sebab utama kenapa kita berhenti kerja supaya kita dapat usahakan perniagaan kita dengan lebih maju lagi. Tetapi ini juga boleh melalaikan kita.
Gunakan masa sebaik mungkin dalam mengusahakan perniagaan kita. Masa itu emas. Kita tidak boleh ulang balik masa yang kita telah bazirkan.
Secara kesimpulannya, saya lebih suka gunakan istilah tukar kerja berbanding berhenti kerja. Kita perlu berusaha lebih dan fokus lebih apabila kita hendak mulakan perniagaan yang kita pilih.
Bukan mengambil ringan kerana kita pilih untuk berhenti kerja supaya kita lebih berjaya pada masa akan datang. Perniagaan kita yang akan tentukan pendapatan kita di bulan-bulan akan datang.
Harap tips-tips di atas dapat membantu untuk membuat persediaan yang sepatutnya. Selamat maju jaya.
Leave a Reply