Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai yang impikan untuk berjaya dalam hidup. Boleh saya katakan semua pun nak berjaya. Tiada siapa yang hendak gagal dalam sepanjang kehidupan mereka. Tapi mengapa setiap kali kita ingin berubah untuk jadi lebih baik banyak sangat halangan dia?
Terlampau banyak halangankan? Kita baru niat pun dah ada halangan. Belum lagi nak laksanakan apa yang kita telah rancang. Jadi tidak salah kalau saya simpulkan susah nak berjaya ni kan?
Kita baru nak berubah buat kerja lebih tekun ada sahaja rakan sekerja ajak keluar makan. Kita baru je nak berubah untuk solat 5 waktu rakan-rakan kata kita dah alim. Kita baru sahaja nak berubah buat kerja lebih rakan-rakan ajak keluar berhibur.
Banyak betul halangan kan? Tapi sedarkah, kita yang membuat semua pilihan di atas? Setiap pilihan yang kita buat ada risiko dan akibat selepas itu.
Kita pilih untuk berubah atas sebab pilihan kita sendiri. Kita sedar ada kekurangan pada diri kita. Kita sedar kita perlu berubah demi pasangan kita, demi anak-anak kita, demi keluarga kita dan demi masa depan kita.
Biarkan apa yang orang kata pada kita. Sebab pada hujung bulan duit yang kita terima adalah milik kita. Orang lain tidak akan berkongsi duit mereka dengan kita. Hak mereka adalah hak mereka.
Nak berjaya kita kena bergaul dengan golongan yang berjaya. Walaupun kita belum berjaya. Lama-lama tempias dan cara berfikir kita akan berubah untuk jadi lebih berjaya. Apa yang kita buat sekarang atau pilihan kita sekarang akan menentukan kita pada 5 tahun akan datang.
Mungkin ada yang dah pernah baca atau dengar Hadis di bawah. Saya kongsikan untuk panduan semua.
Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin ‘Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa dari bapaknya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda:
“Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (HR Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih
Di sini saya ingin simpulkan, pilih lah rakan yang betul. Pilih lah orang yang ingin kita bergaul supaya kita dapat menjadi lebih baik. Harap perkongsian di atas dapat membantu anda semua untuk berubah untuk lebih berjaya.
Leave a Reply