Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pagi tadi saya berpeluang untuk menghadiri pelancaran Prime Mattress oleh Coway. Ye betul Coway yang sebelum ini hanya terkenal dengan penapis air dan penapis udaranya. Satu cabang bisnes baru di dalam Coway Malaysia.
Tilam Coway sebenarnya telah berada dalam pasaran Korea sejak 2011 lagi dan hanya diperkenalkan di Malaysia pada Januari 2020. Ini kerana Coway melihat ia satu peluang perniagaan yang sangat besar selain air dan udara.
Ramai yang inginkan tilam yang empuk dan selesa. Kalau kita hendak beli tilam-tilam jenis ini harganya beribu-ribu. Ada yang mencecah 5 angka. Uniknya Prime Mattress yang di bawa oleh Coway Malaysia ia menawarkan konsep sewabeli. Sama seperti sewabeli penapis air dan penapis udara.
Setiap tilam yang dijual atau sewabeli Coway sertakan sekali dengan servis penjagaan dan pembersihan setiap 4 bulan. Satu-satunya syarikat yang menawarkan pakej service secara berjadual. Ini membuatkan ia salah satu value add kepada bakal pelanggan untuk menikmati tidur yang nyenyak.
Dengan tag line 1st Premium Mattress Rental menawarkan pengalaman seperti tidur di hotel mewah 5 bintang tetapi di rumah sendiri. Sudah pasti pengalaman yang sangat indah. Keselesaan yang sama seperti tilam-tilam mahal di pasaran.
Prime Mattress Coway di datangkan dengan 2 size iaitu Queen dan King Size di mana anda juga memilih untuk tilam jenis ‘soft’ atau ‘firm’. Ia bergantung pada cara posisi anda tidur. Jika anda tidur mengiring dicadangkan untuk pakai ‘soft’ dan jika tidur terlentang ‘firm’ adalah pilihan yang tepat.
Tilam Coway diperbuat daripada beberapa kombinasi bahan antaranya memory foam, latex, pocket spring dan fiber kelapa. Coway menggunakan 100% latex untuk semua tilamnya untuk memastikan keselesaan anda dan mengekalkan keanjalan.
Fiber kelapa digunakan pula untuk memastikan tilam Coway kekal ‘firm’ dan sebagai sokongan selain menghasilkan pengudaraan tilam yang mana menyebabkan ada ‘cooling effect’ pada anda yang tidur diatas tilam Coway ini.
Pocket spring pula dibahagikan mengikut 5 zon di mana ada yang soft dan medium supaya apabila kita baring diatas tilam ini ia mengikut kontor badan kita. Terutama bagi yang tidur posisi mengiring. Ini membuatkan anda dapat tidur dengan sangat selesa.
Selain itu, tilam Coway juga menggunakan ‘anti-static fabric’ yang mana berupaya untuk menyerap ‘body static’ dan melepaskannya ke udara. Ini dapat membantu mengurangkan rasa tegang atau stress.
Bagi Mattress Care Service yang ditawarkan bersama Tilam Coway ini, Coway telah menetapkan 7 langkah yang mana untuk setiap kali ‘Homecare Technician’ atau dikenali sebagai HT apabila mereka datang membuat servis. Antaranya ialah dust level measuring, Frame cleaning, frame wiping, side edge cleaning, mattress cleaning, dust mite repellent dan yang akhir sekali ialah UV Sterilisation.
Setiap tilam juga dilengkapi dengan topper yang mana boleh dicabut dan Coway akan menukar setiap 3 tahun secara percuma jika anda ambil secara sewabeli. Ini satu tawaran yang sangat menarik bagi saya. Belum ada lagi syarikat yang menawarkan sebegitu.
Saya sendiri telah menempah Prime Mattress secara sewabeli yang ditawarkan oleh Coway. Sedang menunggu panggilan dari Coway untuk membuat penghantaran ke rumah saya. Rasa tidak sabar untuk tidur dikatil baru Coway ini. Nantikan review saya pada entri yang akan datang.
Leave a Reply