Sejak kebelakangan ni banyak kedai yang mula menggunakan konsep “shell out”. Makin hari makin banyak. Konsep makan tanpa ada pinggan. Hanya beralaskan plastik di atas meja.
Semasa saya berada di Los Angeles, saya berkesempatan untuk makan di sebuah restoran yang diberi nama “Boiling Crab”. Mereka ada beberapa cawangan sekitar Los Angeles.
Dikatakan konsep shell out bermula di sini. Ramai yang kata la kan. Saya kurang pasti. Ramai yang cadangkan saya untuk mencuba restoran ni. Dikatakan sedap sangat. Itu yang cari juga restoran ini semasa saya di Los Angeles.
Restoran ini boleh dikatakan sentiasa penuh dan anda perlu beratur. Ada masanya perlu tunggu hingga satu jam beratur di luar untuk dapat tempat duduk. Lagi-lagi kalau makan malam. Beberapa kali saya pergi tidak jadi untuk makan sebab masa menunggu terlalu lama. Kami mengambil keputusan untuk makan di restoran lain sahaja.
“Alaskan King Crab” dan “Blue Crab” antara ketam yang menjadi menu utama di restoran ini. Harga dia pun boleh dikatakan agak biasa jika kita tidak ‘convert’ ke duit Malaysia. Tapi bila lagi nak merasa kan?
Memang rasa masakan dekat restoran secukup rasa dan ketam-ketam dia berlemak. Anak saya yang tidak berapa suka ketam pun makan ketam-ketam dan makanan laut lain dekat restoran ‘Boiling Crab’ ni.
Bagi yang kena makan nasi seperti saya, memang anda boleh order nasi untuk makan sekali dengan makanan laut yang anda order. Di restoran ini hanya menghidangkan makanan laut sahaja.
Untuk menu utama, anda ada 3 langkah yang anda perlu pilih. Langkah pertama anda pilih jenis makan laut yang anda hendakkan. Masa ini anda boleh pilih pelbagai ketam, udang, kepah atau udang galah.
Langkah kedua anda pilih jenis cara masakan pula. Anda ada 4 pilihan iaitu Rajun Cajun, Lemon Pepper, Garlic Sauce atau The Whole Sha-Bang. Kami pilih The Whole Sha-Bang kerana dia campuran semua di atas dan ini adalah yang dicadangkan oleh pelayan di sana.
Langkah ketiga anda boleh pilih tahap kepedasan pula. Kalau ada kanak-kanak boleh ambil yang mild pun dah rasa juga. Pedas cili dia kat sini lain skit. Tak sama macam kat Malaysia.
Biasanya makanan semua akan sampai dalam 15-20 minit sahaja. Layanan di restoran ini agak pantas dan mesra. Memang seperti yang dikhabarkan sebelum ini, memang sedap-sedap masakan di restoran ini.
Dengan size makanan yang puas hati. Kaki-kaki ketam yang penuh isi. Habis licin la kopek-kopek dan patahkan bagai. Oh ye, jangan la pakai baju putih kalau nak makan kat sini. Bahaya percikan-percikan masa makan ketam tu nanti.
Bagi yang ingin mencuba restoran “Boiling Crab” ini anda boleh gunakan aplikasi Yelp atau Waze sahaja semasa anda disana. Saya lebih suka gunakan Yelp sebab semua info dan alamat kedai ada di sana. Disarankan untuk pergi dalam pukul 5-6 petang untuk dapatkan tempat cepat. Selamat menjamu selera.
Leave a Reply