Sampai je Ipoh dah petang. Kalau dah check in hotel memang dah tak keluar dah sampai malam untuk makan malam. Jadi saya dan isteri terus bercadang untuk minum petang supaya tidak perlu keluar awal sangat untuk makan malam.
Isteri cadangkan untuk cuba Restoran Rojak & Cendol Padang Ipoh. Memang betul-betul terletak bersebelahan Padang Ipoh. Pemandangan dari kedai pun tenang sahaja arah padang yang hijau.
Cadangnya memang nak makan rojak kat sini. Bila sampai nampak orang sebelah makan mee goreng rasa cam sedap la pulak. Meja belakang yang baru sampai pun order mee goreng juga. Akhirnya saya pun order mee goreng.
Memang tak silap la kan. Memang layan mee goreng dia. Walaupun lain skit rasa tapi unik dia layan. Dok ingat jenis mee mamak cam basah skit tapi jenis kering. Siap ada cucur dan tahu lagi.
Isteri saya pula order rojak. Jadi boleh la rasa sikit-sikit. Nak makan sorang sampai 2 jenis memang tak larat la kan. Rojak dia lain skit style dia bagi saya. Tapi tengok isteri makan laju je. Tau-tau habis. Sedap la tu. Saya sempat la merasa skit kan.
Dah sampai kedai ni tak order cendol memang pelik la kan. Nama kedai pun Rojak & Cendol. Saya order cendol biasa. Isteri saya pula order cendol aiskrim. Isteri saya kata sedap cendol dia. Tapi bagi saya biasa je.
Maklumlah tekak lain-lain kan. Tapi cendol dia memang lembut. Rasa dia je saya kurang gemar skit. Kekadang orang kata sedap tapi bagi kita biasa-biasa je. Lebih kurang camtu la citer dia kan.
Anak-anak saya pula order maggi goreng sorang satu. Dia orang ni jenis order maggi goreng kosong je. Masa sampai memang rupa dia pucat je. Tapi bila rasa makan, fuh berasa semua.
Anak-anak pun kata sedap maggi goreng kat sini. Cara masak dia lain. Siap letak kentang lagi. Sayur dan telur memang takde la kan sebab order maggi goreng kosong je. Boleh la cuba bagi penggemar maggi goreng kat sini.
Bagi yang nak mencuba restoran ini boleh la waze alamat ini
Rojak & Cendol Padang Ipoh
17, Jalan Tun Sambathan, 30000 Ipoh, Perak.
Mana tau selera dia kena dengan anda kan. Selamat menjamu selera.
Leave a Reply