Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, satu yang saya akan look forward ialah Bazaar Ramadhan. Memang setiap tahun saya akan ke Bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Dan memang dah ada target gerai yang mana hendak beli.
Sesetengah memang mereka hanya buka gerai atau menjual semasa bulan Ramadhan sahaja. Bulan lain mereka berniaga lain. Ramai antara kita memang menunggu Bazaar Ramadhan. Pelbagai juadah dan hidangan ditawarkan pada masa ini.
Tapi semenjak PKP dijalankan, memang saya dah dapat agak yang ia akan dilanjutkan sehingga bulan puasa. Silap-silap sehingga raya jika masih ada angka jangkitan baru. Pihak berkuasa tempatan pun telah mengeluarkan lebih awal pengumuman yang bazaar Ramadhan dibatalkan untuk tahun ini.
Namum ini tidak menghalang para penjual untuk beniaga semasa bulan Ramadhan ini. Ramai peniaga sudah mula tukar strategi perniagaan masing-masing. Ada yang mulakan secara online. Ada yang menggunakan whatsapp atau whatsapp group. Ada yang menggunakan Facebook dan pelbagai medium online lain.
Jika tahun-tahun sebelum ini kita yang ke bazaar Ramadhan untuk beli juadah berbuka, pada tahun ini peniaga-peniaga ini telah sediakan penghantaran terus ke rumah masing-masing juadah pesanan untuk berbuka.
Gambar-gambar yang dihantar melalui whatsapp atau Facebook group memang mengiurkan. Ada yang gambar dia memang menduga dan menarik sungguh. Ini semua sebahagian dari marketing peniaga-peniaga untuk menarik pelanggan masing-masing.
Sudah pasti yang juga yang mencari-cari dimana boleh dapatkan senarai bazaar Ramadhan yang menawarkan juadah berbuka dan juga penghantaran terus ke rumah. Mari saya kongsikan dengan anda Bazaar Ramadan Online sekitar Selangor dan Kuala Lumpur
• Kelana Jaya :
– bit.ly/kjbazaar
• Kota Damansara :
– bit.ly/KDbazaar
• Sungai Buloh :
– bit.ly/sgbulohbazaar
• Shah Alam :
– bit.ly/bazaarstadiumshahalam
• Bangsar :
– bit.ly/bangsarbazaar
• TTDI KL :
– bit.ly/ttdibazaar
Melawati KL :
– bit.ly/melawatibazaar
Dalam Facebook Group yang saya kongsikan di atas terdapat ramai peniaga-peniaga yang berkongsi juadah yang mereka jual dan juga cara untuk menempah. Kebiasaanya tempahan melalui whatsapp dan juga ada cut-off time untuk tempahan.
Anda dinasihatkan untuk buat tempahan di awal pagi untuk pastikan juadah yang anda hendak dapat diproses. Saya pun telah menggunakan khidmat Bazaar Ramadhan Online semalam pada hari pertama berbuka puasa. Rasa macam pegi Bazaar sendiri pun ada juga.
Tengok penuh atas meja makan untuk 5 orang berbuka puasa. Campur dengan kuih-muih sekali. Semoga perkongsiaan senarai di atas dapat membantu anda semua untuk mendapat pilihan juadah berbuka puasa nanti. Selamat berbuka.
Leave a Reply