Pasti ramai peminat Star Wars tertunggu-tunggu episode terakhir cerita Star Wars. Saya mengaku saya antara peminat Star Wars dari kecil lagi. Lagi-lagi dengan light saber Jedi. Berangan macam-macam dari kecil.
Saya berpeluang untuk hadir ke tayangan premier Star Wars : The Rise of Skywalker pada 18 Disember lepas di Pavilion KL melalui Disney Malaysia. Dapat tahu sehari sebelum. Memang dah tidak sabar masa tu.
Tayangan diadakan di GSC Pavilion KL pukul 8:45 malam. Jemputan kami dari 7:00pm. Ada jamuan ringan dan pertunjukkan di center court Pavilion. Ramai yang datang dengan pakaian character Star Wars di sana. Peminat tegar la katakan.
Berbalik kepada The Rise of Skywalker, bagi Azhar cara penceritaannya sangat menarik. Tidak dapat agak ending dia macam mana. Seawal setengah jam cerita saya sendiri dah mula pening dan banyak tanda tanya. Memang saya tidak boleh dapat agak apa yang akan jadi selepas ini.
Susunan jalan ceritanya juga sangat menarik dan tersusun membuatkan kita yang menonton ni tertunggu-tunggu apa kejutan yang akan muncul selepas ini. Bagi saya yang mengikuti Star Wars dari awal pun kena fikir dan kaitkan dengan episod-episod sebelum ini.
Anda perlu tahu jalan cerita lama baru anda akan faham cerita episod The Rise of Skywalker ini. Watak-watak lama juga muncul kembali dalam episod yang terakhir ini seperti Lando, Palpatine dan beberapa lagi.
Cinematography sepanjang cerita pun sangat menarik. Masih mengekalkan transition dan intro awal trademark Star Wars. Siapa peminat memang akan perasan benda-benda ni terutama transition klasik dia.
Semua watak, pakaian dan setting diberi perhatian yang sangat teliti dalam filem Star Wars kali ni. Plot twist dalam episod akhir ini membuatkan saya kena berfikir dan imbas kembali episod-episod sebelum ini dan cuba sambungkan kembali.
Bila dah tamat cerita baru dapat faham link-link yang diceritakan dalam episod ini. Kalau saya cerita semua secara teliti dan jalan cerita nanti tak best la anda nak tonton kan?
Saya boleh bagi 5 bintang untuk Star Wars : The Rise of Skywalker kali ini. Mungkin ada yang kurang berpuas hati dengan episod sebelum ini seperti The Force Awakens dan The Last Jedi, tapi saya pasti anda akan suka episod yang terakhir ini.
J.J Abrams berjaya menghasilkan filem yang menepati citarasa saya untuk filem Star Wars episod akhir ini. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam yang terdekat dengan anda. Selamat menonton.
Leave a Reply