Lama sudah tidak bersiaran di sini. Sibuk dengan kerja hakiki. Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda semua sebuah restoran di kawasan Bangsar South, The Farm Foodcarft.
Ia terletak di The Sphere, Bangsar South Level Ground. Anda boleh parking kereta anda samada di valet atas atau pun di kawasan letak kereta bertingkat sebelah kawasan bangunan pejabat Bangsar South.
Dikala musim PKPB, adalah lebih digalakkan untuk membuat tempahan dahulu kerana meja amat terhad. Malam yang kami sekeluarga pergi pun boleh dikatakan penuh semua meja yang ada.
Last call order ialah pada pukul 8:45 malam di sini. Bagi penggemar daging memang saya recommend untuk anda cuba kedai ini. Tengok dari menu dia pun dah dapat rasa sedap dan lembutnya daging dia.
Malam ni pilihan saya ialah Farm’s BBQ Beef Ribs. Tetiba terasa nak makan ribs pula malam ni kan. Tengok menu dia ada yang masak 48 jam. Fuh boleh terbayang betapa lembutnya daging dia.
Food presentation dia pun nampak menyelerakan. Bila potong senang nak carik-carik pula tu. Masuk dalam mulut dan mula kunyah fuh memang lembut la. Senang nak kunyah.
Anak lelaki saya pula pilih untuk order Farm Smokey Wagyu Patty Burger. Mana-mana restoran memang dia akan order burger. Memang kegemaran dia. Jom tengok video bila mereka sajikan Smokey Burger ni. Memang smokey habis.
Memang besar, tebal dan sangat juicy burger dia. Anak saya pun kata sangat sedap burger dia. Memang licin dia makan. Saya sempat la juga rasa segigit burger ni. Memang sedap. Penggemar burger boleh la cuba. Nanti bagi review skali.
Anak perempuan saya, Zara seperti biasa order spaghetti bolognese kegemaran dia. Hampir separuh juga dia makan seorang. Semua kat sini portion dewasa. Sedap la tu kiranya kalau dia boleh makan separuh pinggan. Siap suruh bawak balik balance sebab nak makan breakfast.
Isteri saya pula order seafood pasta. Meriah kan isi seafood dia? Memang ni pun licin habis sekejap je. Sempat juga la merasa sikit sebelum habis kan. Memang cukup rasa makanan di sini.
Pada mulanya saya hampir-hampir nak order desserts tapi rasa kekenyangan pula. Mana tak nya makan ribs banyak tu sensorang kan. Tetiba pelayan datang bawak 2 potong kek.
Rupanya masa isteri dan anak-anak saya pergi ke tandas sempat dia orang masuk ke dalam untuk order kek. Anak-anak saya pilih 2 jenis kek coklat. Memang sedap. Tanya jenis apa dia orang pun lupa. Hihi. Janji coklat bagi dia orang.
Secara keseluruhan makanan di sini memang sedap-sedap. Berbaloi dengan harga dia walaupun sedikit pricey. Tapi kek dia agak over price. Sepotong dalam RM24. 2 potong dah RM48 tau. Tak sangka la harga sampai cam tu. Terkena la gak. Tapi memang sedap la kan.
Jika anda ingin mencuba restoran ini, alamat dan no telefon seperti di bawah:
Unit G-1 & G-2, Level Ground, The Sphere,
No.1, Avenue 1 Bangsar South City,
No.8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur
Tel : +603-2242 0964
Seeloknya buat tempahan sebelum pergi kerana kedai ini selalu penuh lagi-lagi sekarang meja terhad waktu PKPB ini. Selamat mencuba.
Leave a Reply