Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Boleh katakan satu dunia selepas ini terpaksa menerima ‘the new normal’ semenjak wabak Covid 19 ini. Ia telah merubah cara hidup manusia di satu dunia sehingga vaksin ditemui yang mana ia pasti mengambil masa lama lagi.
Anda pasti masih mencari rentak untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan ‘the new normal’. Ia memang akan mengambil masa. Ada yang cepat dapat sesuaikan diri. Ada yang perlu mengambil masa sehingga sebulan. Ada yang sehingga sekarang masih belum dapat terima.
Semua orang berbeza cara penerimaan dia dalam hendak sesuaikan diri. Saya ingin kongsikan serba sedikit bagi jurujual untuk membuat persediaan dalam untuk persediakan diri untuk hadapi ‘the new normal’.
Anda perlu terima yang pelanggan akan datang mungkin tidak akan berjumpa dengan anda untuk mendengar apa yang anda hendak kongsikan atau anda ingin membuat temu janji. Anda kena bersedia. Anda kena perlu sediakan platform lain.
Cara paling mudah adalah secara online. Mungkin anda kena biasakan diri untuk membuat persembahan video atau pun video call. Anda boleh gunakan aplikasi seperti whatsapp call atau pun zoom ke atau webex ke. Ini cara alternatif yang anda boleh cuba.
Pelanggan juga akan mula banyak membeli keperluan mereka secara online. Anda perlu siap sediakan platform online supaya pelanggan mudah mencari anda. Ada pelbagai platform yang anda boleh gunakan seperti social media atau laman web.
Anda perlu ‘visible’ di dunia online. Anda perlu buat diri anda dikenali di dunia online ini. Ada banyak cara jika saya ingin kupaskan satu per satu. Tidak mungkin saya boleh kongsikan semua di dalam perkongsian saya kali ini.
Percayalah di luar pelanggan sentiasa ada dan bersedia untuk membeli barang. Hanya dengan siapa dan apa yang mereka ingin membeli sahaja yang membezakan. Tapi jika anda bijak menggunakan peluang yang ada, anda boleh tukar kehendak pelanggan kepada keperluan pelanggan.
Pelanggan jika ingin membeli seperti biasa pasti pelanggan pun akan berasa was-was. Risau terkena jangkitan. Walaupun sekarang ini sudah PKPB, masih ramai yang tidak berani untuk keluar seperti biasa untuk berjalan-jalan dan membeli.
Saya ada pergi ke shopping mall semalam kerana perlu membeli barang keperluan, boleh katakan memang kosong. Hanya mereka yang perlu beli barang secara pantas sahaja yang akan keluar untuk membeli.
Bagi saya platform online ini ada banyak ruang dan peluang untuk sama-sama kita terokai. Bagaimana untuk menjana pendapatan dan jualan bagi geng-geng jurujual. Nantikan perkongsian saya yang akan datang jika diizinkan. Selamat menjual.
Leave a Reply