Mungkin ada yang biasa dengar istilah Virtual Reality atau singkatan dia VR. Ia bukanlah sesuatu yang baru. Malah sudah ada beberapa tahun lepas.
Baru-baru ini saya berpeluang bersama-sama keluarga ke Genting Highlands. Ada banyak tarikan baru rupanya. Maklumlah memang sudah lama tidak ke Genting sebenarnya. Lagi-lagi masa tengah pembinaan rancak disana.
Sampai di taman tema Genting Skytropolis memang anda tidak akan terlepas nampak The Void. Naik sahaja eskalator dari lobby First World Hotel anda akan nampak. Ia terletak di Level 1.
Anak saya pun dah nampak. Nampak cool gile dengan VR nye suit kan. Masuk ke dalam ada pekerja yang akan melayan segala pertanyaan anda. Pertama kali kan. Bawa anak saya pula tu. Nak juga prepare expectations untuk anak saya.
Sebelum ini dia pernah main VR dia terkejut-kejut dan takut. Ialah VR ni umpama macam benda real kan. Di The Void Genting buat masa ini hanya ada 2 movie iaitu Nicodemus dan Ghostbusters.
Anak saya pilih Ghostbusters sebab hantu dia lebih kartun berbanding dengan Nicodemus. Silap-silap nanti tak tidur malam pula anak saya kan kalau ambil yang Nicodemus tu.
Harga untuk seorang ialah RM85 untuk hari Jumaat-Ahad dan juga hari cuti am. RM75 pula dari hari Isnin hingga Khamis. Jika anda bercadang untuk bermain di theme park lebih murah jika anda ambil pakej combo yang ada.
Setiap slot hanya maksimum 4 orang sahaja dan anda perlu buat tempahan dahulu. Biasanya setiap sesi akan mengambil masa 20 minit. Anda akan ada sesi taklimat sebelum masuk. Cara-cara pengunaan semua akan diterangkan.
VR gear dia boleh tahan berat juga teruatama jika budak yang pakai. Semua barang didalam poket anda perlu tinggalkan. Jangan risau ada locker disediakan untuk anda dan ianya berkunci.
Setelah selesai taklimat mereka bawa kami ke bilik sebelah dimana sesi kami akan bermula. Pada awalnya rasa pelik sikit sebab nak sesuaikan. Memang ada sesi trial sebelum sesi VR bermula.
Memang rasa lain dengan permainan VR yang sebelum ini saya pernah cuba. Ada perlu berjalan dan beraksi sepanjang sesi di The Void. Memang rasa real habis. Dengan angin dan bau bagai.
Ada part yang saya sendiri rasa gayat. Rasa macam nak terjatuh. Ada part tetiba kena lompat bagai. Anak saya pun sama lompat. Kita boleh tengok character lain yang sama dengan sesi kita. Tu yang menarik tu.
Secara keseluruhan saya dan anak saya memang berpuas hati dengan apa pengalaman VR The Void tawarkan. Rasa tidak sabar tunggu VR untuk movie lain pula keluar. Star Wars pun ada. Lepas ni memang boleh repeat lagi. Selamat mencuba.
Leave a Reply