Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya sampai juga. Dua hari lepas saya terima panggilan telefon dari Coway untuk mengesahkan pesanan Prime Mattress Coway iaitu produk terbaru tilam Coway. Setelah saya sahkan mereka tanya hari yang saya ingin membuat penghantaran dan pemasangan secara percuma.
Dengan pantas saya periksa jadual saya dan saya tetapkan pada hari Jumaat selepas jam 3 petang. Pukul 12 tengah hari mereka sudah menelefon saya untuk buat penghantaran tapi saya katakan selepas pukul 3 petang sahaja saya akan berada di rumah.
Sebelum pukul 3 petang mereka dah sampai. Mereka datang berdua untuk menghantar dan mengangkat tilam ke rumah saya. Pantas juga mereka angkat. Mungkin sudah biasa angkat barang pindah rumah sebelum ini. Saya telah menempah Prime Mattress Queen Size Soft untuk bilik tidur saya kerana saya jenis tidur mengiring. Memang sesuai sangat.
Masuk sahaja ke rumah dengan pantas mereka tanggalkan plastik-plastik untuk mereka mula menyusun bedframe dahulu berserta dengan headboard. Untuk bedframe queen size dia didatangkan dengan 1 piece sahaja. Headboard berasingan. Kalau king size bedframe didatangkan 2 piece supaya mudah diangkat.
Tengok bedframe dan headboard Coway ni sangat kemas finishing dia. Walaupun di bawah bedframe. Rasa puas hati sangat. Kekadang saya perasan ada jenama lain yang mana dia bahagian bawah kemasannya agak kurang.
Akhir sekali baru tilam coway di letakkan di atas bedframe. Tilam Coway ini didatangkan sekali dengan topper yang boleh diganti. Untuk sewabeli tilam Coway ini saya difahamkan topper ini akan ditukar setiap 3 tahun secara percuma.
Laju juga mereka buat kerja pemasangan ini. Lebih kurang dalam 30 minit semua siap. Selain itu juga saya diberi bantal dan mattress protector Coway secara percuma disebabkan saya ambil masa promosi yang ditawarkan tempoh hari.
Setiap tilam Coway juga di datangkan dengan nombor siri yang unik untuk membantu Coway rekodkan pembelian pelanggan. Ia juga digunakan sebagai rujukan untuk tujuan waranti dan juga untuk servis berkala setiap 4 bulan yang ditawarkan oleh Coway sendiri.
Belum lagi ada syarikat yang tawarkan sewabeli tilam berserta servis berkala di Malaysia. Coway adalah syarikat pertama yang menawarkan pakej sebegini. Dalam erti kata lain ia memberi peluang pada mereka yang inginkan tilam hotel bertaraf 5 bintang di rumah sendiri tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli.
Rasa tidak sabar saya nak mencuba tilam baru Coway ini. Sekarang tengah tunggu isteri dan anak-anak pulang. Dia orang pun tak sabar nak tengok dan cuba tilam baru ni. Siap pesan jangan pasang cadar semua dulu. Nak tengok dulu. Nantikan review saya selepas tidur malam ini di atas tilam baru Coway ini.
Review : https://www.sembangkuat.com/pengalaman-tidur-prime-mattress-coway/
Leave a Reply