Ramai yang inginkan gigi putih. Tapi nak menjaga gigi bukannya mudah. Lagi-lagi kepada penggemar kopi dan juga perokok. Kadang-kadang baru sahaja pergi ke doktor gigi untuk membuat scaling dan polish tidak sampai 2 bulan dah mula kuning atau berkarat.
Kalau nak pergi doktor gigi setiap 2 bulan boleh tahan bayaran dia nantikan? Jadi hari ni saya nak berkongsi cara mudah untuk memutihkan gigi. Boleh buat di rumah dengan kos rendah sahaja.
Anda pasti pernah dengar serbuk penaik atau lebih dikenali dengan nama baking soda. Silap-silap memang dah ada pun dirumah anda. Ia juga dikenali sebagai soda bicarbonate.
Harga serbuk penaik murah sahaja. Yang saya baru beli ini harganya dalam RM3.50 sahaja. Banyak kedai runcit yang jual. Paling senang boleh cari di kedai-kedai menjual barangan untuk membuat kek.
Cara-cara
Anda hanya perlu letakkan sedikit serbuk penaik di atas kain dan anda boleh mula gosok ke kawasan gigi yang kotor. Gosokkan dengan perlahan-lahan. Kalau kotorannya karat disebabkan merokok memang perlu santal lebih kuat.
Kalau boleh elakkan buat terlalu lama dan daripada terkena bibir. Anda mungkin akan rasa tidak selesa dan pedih jika terkena bibir. Anda boleh gunakan kaedah ini setiap bulan selain daripada menggosok gigi untuk menjaga kesihatan gigi anda.
Selamat mencuba.
Leave a Reply