Dengar sahaja Maldives, ramai dah boleh terbayang-bayang keindahan kepulauan Maldives. Dengan air jernih dia. Dengan pasir putih dia. Terbayang indahnya ciptaan Allah s.w.t. Dengan suasana yang aman. Memang menjadi idaman ramai untuk bercuti ke Maldives.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips bagi yang ingin melancong ke Maldives. Anda boleh tentukan budget anda samada untuk pergi percutian mewah atau pun percutian budget. Dah boleh buat perancangan untuk melancong ke Maldives.
Maldives boleh dikunjungi sepanjang tahun. Cuacanya sama panas dan hujan seperti Malaysia yang beriklim tropika. Kalau boleh cuba elakkan untuk berkunjung antara bulan Jun hingga Ogos kerana pada masa ini musim hujan. Mungkin ada aktiviti-aktiviti yang terhad untuk dilakukan.
Jika kita dari Malaysia, saya cadangkan untuk menggunakan penerbangan Air Asia kerana ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Male, Maldives. Penerbangan lebih kurang 4 jam sahaja. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan penerbangan lain seperti Sri Lankan Air atau Malaysia Airlines tapi perlu transit di Sri Lanka. Biasanya penerbangan lain campur dengan waktu transit akan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Itu yang penerbangan Air Asia menjadi pilihan.
Terdapat banyak hotel dan resorts di Kepulauan Maldives ini. Boleh dikatakan satu hotel di satu pulau. Terdapat lebih daripada 1,000 pulau yang membentuk Kepulauan Maldives ini. Tidak semua yang boleh diduduki. Anda boleh layari website di bawah ini melihat hotel yang ada :
https://visitmaldives.info/ atau https://visitmaldives.com/
Sesetengah hotel di Maldives tidak membenarkan kanak-kanak di dalam hotel mereka. Bagi yang merancang untuk membawa keluarga dan anak-anak pastikan anda membuat semua perancangan dan membuat pilihan hotel atau resort yang betul.
Selepas membuat pilihan hotel atau resort pilihan hati anda, pastikan anda periksa masa ketibaan penerbangan anda. Ini kerana ada sesetengah resort tiada bot ‘night transfer’. Hanya ada beberapa resort yang sediakan. Ada juga yang memerlukan anda menaiki ‘seaplane’ sebab jauh. Jadi pastikan anda betul-betul baca mengenai resort idaman anda dahulu sebelum membuat sebarang tempahan. Anda juga boleh gunakan website seperti Agoda, Trivago, AirAsia Go dan pelbagai lagi untuk membuat perbandingan harga dan pakej yang ditawarkan.
Maldives adalah negara Islam. Jadi untuk mencari makanan tidak menjadi satu masalah utama. Kebanyakkan kedai di sana mensajikan makanan halal. Walaubagaimana pun lebih baik anda bertanya jika anda was-was. Ada kemungkinan cara masakan yang ada campuran alkohol.
Matawang USD diterima secara meluas di Maldives. Kalau nak tukar matawang Maldives (Ruffiya) pun boleh. Saya hanya pakai USD sahaja.
Kad Kredit atau Kad Debit juga terima secara meluas dan adalah lebih mudah. Kebanyakkan di resort terdapat 10% caj perkhidmatan dan 6% GST.
Seperti resort yang saya duduk semua pembelian makan ke aktiviti semua di caj ke bilik. Masa ‘check out’ nak balik baru bayar semua sekali. Jadi sepanjang kat resort tidak perlu bawak wallet.
Kebanyakkan resort ada sediakan wifi. Jadi takde masalah. Kalau nak pakai roaming data pastikan anda periksa dulu dengan ‘telco provider’ anda. Seperti Digi internet roaming dia RM56 sehari untuk 20MB sahaja. Jika anda pilih untuk beli simcard sana pun senang. Keluar dari lapangan terbang, pergi kat sebelah kanan ada kedai telco. Hanya USD20 untuk 15GB data. Cukup untuk 4-5 hari. Buat wifi hotspot.
Aktiviti snorkeling dan diving memang terkenal di sini. Dengan airnya yang sangat jernih. Terdapat pelbagai pakej ditawarkan. Half day, full day board dan macam-macam lagi. Peralatan snorkeling boleh di sewa dalam lingkungan USD17 per set per day. Untuk diving pun ada juga. Kebanyakkan resort ada tawarkan pakej-pakej tersebut.
Terdapat juga pakej seperti sunset cruise with dolphin. Masa saya pergi tu, memang ikan lumba-lumba tengah banyak. Ikan Lumba-lumba itu akan ikut bot, lompat2, pusing2. Memang seronok dan teruja bila dapat tengok secara depan mata.
Dah pegi kat tempat cantik mesti la nak amik gambar kan. Pastikan cukup space dalam telefon atau kamera. Nak lagi best bawak skali goPro ke kan. Pasti anda tidak menyesal. Anda dapat buat sebagai antara kenangan teridah semasa di Maldives.
Harap tips-tips di atas dapat membantu pada yang ingin ke Maldives. Tengok gambar-gambar yang ambil kat sana pun rasa macam tidak puas. Rasa macam hendak pergi lagi skali. Selamat enjoy & bercuti ke Maldives
Leave a Reply