Dengar je nak pergi Disneyland mesti ramai dah terbayang-terbayang menaiki pelbagai permainan, berjumpa dengan pelbagai watak Disney. Yang paling seronok ialah kanak-kanak. Tidak kurang bagi yang dah berumur ni juga bila dah masuk ke Disneyland. Seronok dia lain macam.
Tidak kira hari apa pun, Disneyland sentiasa ramai orang. Hari bekerja pun masih ramai orang. Hari perayaan lagi lah ramai. Memang beratur panjang untuk masuk ke mana-mana tarikan di Disneyland.
Kebiasaannya akan mengambil masa dari 20 minit hingga 60 minit untuk beratur masuk sesuatu tarikan di Disneyland. Ini belum lagi beratur untuk membeli makanan.
Sehari memang tidak cukup kalau nak masuk ke semua tarikan di sana. Biasanya dicadangkan 2 atau 3 hari baru boleh habis semua.
Kalau anda hanya ada sehari di Disneyland, anda betul-betul kena rancang apa tarikan yang anda ingin pergi. Jika tidak ia akan sangat membuang masa.
Ada 2 cara untuk anda semua untuk langkau giliran yang mana sangat-sangat menjimatkan masa. Lagi-lagi kita bila pergi dengan kanak-kanak.
Cara pertama
Semasa anda beli tiket online, anda boleh beli MaxPass yang mana anda akan dapat untuk memuat turun semua gambar anda dan keluarga semasa di Disney dan juga FASTPASS.
FASTPASS ni adalah pas untuk anda sekeluarga untuk melangkau giliran. Tetapi tidak semua tarikan mempunyai fasiliti ini. Semasa didalam Disneyland anda perlu pergi ke kiosk FASTPASS ini untuk dapatkan masa dan pas untuk tarikan yang anda telah pilih.
Setelah anda selesai lawati tarikan anda perlu kembali ke kiosk FASTPASS untuk dapatkan pas dan masa untuk tarikan seterusnya yang anda pilih.
FASTPASS ini juga boleh kehabisan pas terutama pada waktu puncak. Ia tidak menjanjikan yang anda pasti dapat. Anda masih perlu beratur di kiosk untuk dapatkannya.
Walaubagaimanapun ia masih dapat menjimatkan banyak masa berbanding beratur seperti biasa dimana-mana tarikan didalam Disneyland.
Anda boleh dapatkan maklumat lebih terperinici mengenai FASTPASS di:
https://disneyworld.disney.go.com/faq/fast-pass-plus/product-description/
Cara kedua
Pilih hari ke Disneyland pada hari hujan.
Ya betul. Saya secara kebetulan pergi ke Disneyland semasa hari hujan. Kami sekeluarga tidak ada tarikh lain kerana kesuntukan masa. Ramalan cuaca di sana boleh kata hampir 90% tepat. Dan betul pada hari yang kami pilih untuk pergi, hujan dijangkakan disebelah pagi dan panas menjelang petang.
Ini merupakan kali ke 3 pergi ke Disneyland California dan kali ni ialah lawatan yang paling seronok dah kami dapat menghabiskan melawat tarikan jauh lebih awal dan tanpa perlu beratur panjang.
Ada sesetengah tarikan kami boleh naik sampai 2 kali kerana tidak ada orang beratur. Paling lama yang kami beratur ialah dalam 15 minit. Ini pun hanya satu tarikan sahaja. Kebanyakkannya kami terus masuk.
Anak-anak pun kurang meragam sebab tidak perlu beratur lama. Tidak panas. Hanya perlu pastikan anda sekeluarga memakai pakaian dan kasut kalis air serta baju hujan.
Lawatan kali ini kami sekeluarga memang betul-betul dapat menikmati semua tarikan di dalam Disneyland berbanding lawatan-lawatan sebelum ini. Anak-anak pun suka sebab boleh main hujan. Kalau di Malaysia dah lama suruh masuk rumahkan kalau hujan?
Aplikasi Disney
Sebelum pergi ke Disneyland, sangat digalakkan untuk memuat turun aplikasi Disneyland. Di dalam aplikasi ni ada pelbagai maklumat.
Antaranya e-tiket anda, MAXPASS, muat turun gambar, peta Disneyland, kedai makan dan macam-macam lagi. Yang paling menarik tentang aplikasi ni ialah ia dapat memberi tahu anda masa menunggu bagi semua tarikan di Disneyland.
Jadi anda tidak perlu membazir masa dan anda juga boleh merancang perjalanan anda di dalam Disneyland. Selamat mencuba.
“Where dreams come true..”
Best ni….the real disneyland
Alpetito recently posted…ABC Fradoo, ABC paling sedap di Shah Alam dan mungkin di Malaysia.
Yes.. Full character semua ada. Budak-budak memang seronok.