Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda semua tips untuk memilih jenis tilam yang sesuai dengan kita. Tahukah anda 9/10 penduduk Malaysia mengalami masalah tidur atau dikenali sebagai ‘sleep disorder’ menurut satu kajian yang dijalankan pada 2018.
Masalah ’sleep disorder’ boleh menyebabkan beberapa masalah lain seperti lesu, kurang focus, sakit kepala, sakit badan, mood terjejas dan pelbagai lagi yang mempengaruhi kita seharian.
Beberapa faktor telah dikenali pasti sebagai punca diatas antaranya ialah stress di tempat kerja, makan minum sebelum tidur, waktu tidur tidak menentu, statik badan dan tilam. Ye betul, tilam mempengaruhi tidur kita.
Kalau kita ke hotel-hotel mewah anda perasan katil mereka sangat selesa untuk tidur. Kadang-kadang rasa macam tak nak bangun pun ada. Punyalah selesa dan sejuk. Tambah dengan bantal empuk lagi.
Cara kita semua tidur berbeza. Suami isteri tidur pun lain-lain. Anak-anak pun lain. Kadang-kadang kita dah beli tilam mahal pun masih rasa kurang selesa untuk tidur. Masih tidak nyenyak.
Selain dari selesa kita kenal pasti posisi tidur kita yang kita selesa. Bagi yang tidur jenis terlentang atau kita panggil ‘back sleeper’ saya cadangkan untuk memilih tilam yang jenis ‘firm’ atau keras.
Ini kerana ia dapat memberi sokongan pada posisi kita tidur. Kita tidak akan rasa tenggelam atau ke dalam. Anda akan rasa lebih relax nanti.
Bagi yang tidur posisi mengiring pula, saya cadangkan anda untuk memilih jenis ‘soft’ atau lembut supaya ia dapat mengikut bentuk badan kita apabila kita mengiring. Ada juga tilam yang mempunyai ciri sokongan mengikut zon dan bentuk badan kita.
Sebelum anda beli tilam baru pastikan anda tahu posisi tidur anda yang anda selesa. Harap tips di atas dapat membantu anda semua dalam membuat pilihan jenis tilam yang sesuai untuk anda.
Leave a Reply