Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Tidak lama lagi semua umat Islam akan bermula puasa. Untuk pertama kalinya berpuasa sewaktu PKP akibat wabak Covid19. Bulan puasa tahun ini juga tiada bazaar Ramadhan seperti biasa untuk membeli juadah berbuka puasa.
Tiada lagi ke bazaar di Jalan TAR untuk membeli persiapan raya. Raya tahun ini sudah pasti berbeza dengan raya-raya sebelum ini. Tiada sembahyang tarawikh secara berjemaah di masjid-masjid seperti bulan Ramadhan sebelum ini.
Namun sebagai umat Islam kita masih wajib untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Kali ini kita akan banyak menghabiskan masa di rumah masing-masing kerana PKP yang masih berjalan sehingga 28hb April dengan harapan tiada lagi lanjutan.
Dengan cuaca yang agak panas terik sekarang ini terutama waktu tengahari, sudah pasti kita akan kehilangan banyak air. Lagi-lagi semasa kita berpuasa tidak lama lagi. Keluar sekejap sekarang ini pun dah berpeluh dan kehausan.
Hari ini saya hendak berkongsi bagaimana semasa bulan puasa anda masih boleh minum 8 gelas air seperti yang selalu disarankan. Sudah pasti semua tahu yang tempoh masa untuk kita boleh minum adalah antara maghrib sehingga waktu sahur esoknya.
Secara amnya 3 gelas waktu berbuka, 3 gelas selepas Isyak dan 2 gelas lagi sewaktu bersahur. Tapi kalau nak minum semua sekali gus memang kembung perut nanti. Lagi-lagi bila dah berpuasa nantikan.
Cadangan waktu minum air seperti dibawah:
1 gelas selepas azan Maghrib
1 gelas selepas solat Maghrib
1 gelas selepas makan
1 gelas selepas solat Isyak
1 gelas selepas solat Tarawikh
1 gelas sebelum tidur
1 gelas selepas bangun untuk sahur
1 gelas selepas sahur
Mudah bukan? Dah cukup 8 gelas air sehari pada bulan Ramadhan nanti. Pastikan diri anda semua sentiasa cukup air semasa bulan puasa nanti. Badan kita perlukan air yang cukup untuk berfungsi secara optimum.
Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa pada semua umat Islam.
Leave a Reply