Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pernah ke anda ada perasaan bila pergi ke pejabat rasa macam tidak cukup masa. Masa pergi ke temujanji dengan pelanggan jadi terkejar-kejar. Jadi kelam kabut. Pada penghujungnya kita menjadi sangat penat dan kita tidak dapat siapkan kerja yang sepatutnya.
Saya rasa ramai yang pernah alami keadaan di atas. Saya pun pernah alami benda yang sama sebelum ini. Pelbagai cara dan teknik saya cuba sebelum ini. Lebih banyak tidak berjaya daripada berjaya sehingga saya terjumpa cara dan ingin berkongsi dengan anda semua.
Pernah dengar yang ramai orang kaya-kaya dan berjaya ini bangun awal pagi? Ada yang bangun seawal 4:30 pagi, 5 pagi dan seterusnya. Dah kaya bangun awal pulak tu. Apa yang dia orang ni buat awal-awal pagi kan. Masa baca dan dengar mengenai mereka ini, saya masih tidak dapat memahami kenapa.
Kalau baca sahaja memang kita tidak akan faham. Kita kena buat. Baru kita akan senang faham. Betul bukan senang nak buat. Tapi kita cuba awalkan sedikit dari sebelum ini. Contoh sebelum ini waktu masuk kerja ialah pukul 9 pagi sampai pun 9 pagi. Cuba awalkan 15 minit sebelum.
Lama kelamaan kita akan biasa. Percaya atau tidak, lama-lama kita akan pergi kerja lebih awal. Ini kerana anda dapat siapkan berbagai kerja lain dengan lebih pantas tanpa ada apa-apa gangguan. Biasanya saya perlukan 2-3 jam untuk siapkan kerja tetapi bila kita datang pejabat awal, saya boleh siapkan kerja tersebut kurang dari sejam.
Banyakkan jimat masa? Kita boleh jimat 1-2 jam sehari dari waktu kerja kita. Ini baru bahagian kerja. Bayangkan anda ada lebih masa untuk buat pelbagai aktiviti lain dalam sehari. Boleh luangkan masa dengan anak-anak dan isteri atau dapat tambah pelbagai ilmu lain dan macam-macam lain.
Bagi untuk pergi ke temujanji, cuba kita datang awal 10-15 minit sebelum masa yang dijanjikan. Kita boleh pilih tempat duduk yang lebih sesuai. Kita akan lebih bersedia untuk temujanji nanti. Jika kita terlewat atau tepat pada masanya, ada kemungkinan orang yang kita patut jumpa tiba lebih awal menyebabkan kita akan menjadi kekok dan kelam kabut.
Benda ini memang kena buat dahulu baru akan tahu kesannya. Saya berharap perkongsian saya di atas serba sedikit dapat membantu anda yang membaca. Selamat beramal.
Leave a Reply