Sempena menyambut harijadi saya, isteri ajak jalan-jalan makan ke Ipoh. Rupanya isteri dah siap booking bilik hotel di sana. Kami sekeluarga pergi untuk satu malam sahaja. Sambil-sambil bawa anak jalan-jalan. Dah lama sangat terperap kat rumah semenjak PKPB ni.
Kami bertolak dalam tengahari dari KL lepas makan tengahari. Bilik hotel pun boleh check in hanya selepas pukul 3pm. Jadi kami tidak la berkejar sangat nak sampai Ipoh. Nama pun trip makan-makan je.
Kami sampai di Ipoh lebih kurang pukul 4pm. Terus pergi cari makan. Kalau dah sampai masuk bilik check in confirm dah tak keluar makan nanti. Kedai pertama kami pergi ialah Rojak N Cendol Padang Ipoh.
Memang betul-betul sebelah Padang Ipoh. Dah sampai sini mesti la cuba dia punya cendol dan rojak kan. Masa sampai tu nampak meja sebelah makan mee goreng macam sedap la pula. Saya tukar order mee goreng dan cendol. Isteri saya order rojak dan cendol.
Boleh tahan gak rojak dia. Cendol dia saya kurang sikit tapi isteri saya suka. Lidah lain-lain kan katanya. Mee Goreng dia pun layan juga. Anak-anak saya pula order maggi goreng kosong. Nampak pucat tapi sedap.
Selesai makan kami terus ke hotel untuk check in. Nama hotel pun saya tak tahu sebab isteri nak buat surprise katanya. Dah dekat sampai baru tahu. Kami bermalam ni Weil Hotel. Betul-betul bersebelahan dengan Ipoh Parade. Memang ada link terus ke sana.
Masuk bilik punya la terkejut. Special room rupanya. Siap ada jakuzzi besar dekat tengah bilik. Anak-anak dah excited terlebih dah masa ni. Memang saya dan anak-anak terkejut bilik besar dan ada jakuzzi kat dalam bilik. Dah tak sabar dia orang nak terjun dalam mandi.
Untuk makan malam plan asalnya patut cuba Miker Cafe tetapi rupanya tutup buat masa ni. Dah siap sampai pusing 2-3 kali. Tak jumpa-jumpa. Kami tukar ke Thumb’Cafe yang tidak berapa jauh dari situ.
Konsep cafe ini lebih kurang macam dekat rumah kampung lama. Menarik juga dan ramai orang malam yang kami pergi. Pelayan siap-siap cakap agak lambat sikit makanan siap malam ni. Kami pun ok je sebab takde nak berkejar mana. Sambil relax santai-santai je.
Menu makanan dia dari western sampai la goreng-goreng. Saya cuba dia punya Chicken Chop 3 sauce. Menarik juga. Isteri saya order mee bandung. Sedap juga. Boleh la anda cuba kalau ke sana. Selesai je kami pun pulang ke hotel. Dah kekenyangan kami sekeluarga.
Esoknya dari subuh hujan lebat. Nak keluar sarapan pun tak boleh. Hampir dekat pukul 11 baru hujan reda skit dan kami keluar ke Restoran New Hollywood. Beratur panjang ha nak masuk ke kedai ni. Dia ada banyak gerai-gerai yang jual pelbagai jenis makanan.
Rasa dan nampak semua sedap-sedap belaka. Banyak juga kami order. Kami cuba cakoi, dim sum, Wantan mee, roti telur goyang yang terkenal di sini. Semuanya sedap. Serius nye sedap. Cakoi dia fresh dan garing. Memang susah nak cari camni. Sebab kekenyangan siap tapau bawa balik makan.
Kami tak boleh lama sebab nak berkejar checkout hotel. Balik ke hotel cepat-cepat kemas dan checkout. Sebab anak lelaki saya tak ikut pergi sarapan tadi dan dia kelaparan pula. Dia nak cuba Miker Pizza. Malam semalam nak cuba tapi ramai sangat orang beratur.
Konsep kedai Miker Pizza ni sebiji macam kedai-kedai pizza kat US atau Europe. Lawa pun lawa. Anak saya order pepperoni pizza. Memang sedap rupanya. Patut la ramai orang kat sini sampai beratur tunggu. Kalau anda ke Ipoh memang patut cuba kedai ini. Lagi-lagi kalau penggemar pizza.
Selepas itu kami ke Concubine Lane. Saje jalan-jalan. Nak bagi turun skit makanan dalam perut kan. Sambil-sambil tengok suasana disana. Pelbagai barang cenderamata di sini. Pelbagai gerai makanan dan minuman juga ada di sini.
Banyak gerai-gerai lama di sini juga. Dah sampai di sini kami pun ambil kesempatan untuk singgah di Platform Coffee & Brew Cafe yang bertemakan Harry Potter. Ramai yang ke cafe ini sudah pasti akan bergambar di sini.
Nak masuk pun macam biasa kena beratur. Anak-anak punya pasal kami layankan je. Yang order minuman pun dia orang je. Dia punya Cookies & Cream Blended sedap tau. Layan minum lagi-lagi bila dah cair. Setting kedai dia memang lawa.
Sebelum pulang ke KL seperti biasa kami akan singgah makan Nasi Ganja di Kedai Kopi Yong Suan. Ramai yang panggil Nasi Ganja tapi nama dia sebenarnya Nasi Kandar Ayam Merah. Memang setiap kali datang Ipoh ini kedai yang wajib saya pergi untuk makan tengahari.
Kalau lambat confirm habis. Kami sampai lebih kurang pukul 3pm sebab tak nak berebut atau beratur panjang. Nasib baik sempat. Kami antara yang hujung-hujung dapat. Memang trip kali ni memang trip makan semata.
Rasa mau naik 1-2 kilo balik dari trip makan Ipoh ni. Tak sabar bagi kes Covid ni habis. Banyak lagi tempat nak gi jalan-jalan cari makan ni. Rindu jalan-jalan dan makan-makan ni. Nasib baik highway tak jem balik ke KL. Kenyang sepanjang jalan ke KL.
Leave a Reply