Pada dasarnya ramai yang mula belajar menggunakan komputer dengan sistem operasi komputer. Saya adalah salah seorang yang menggunakan Windows sejak versi 2.0. Saya masih menggunakan Windows sampai sekarang.
Namun saya merasakan Mac OS sudah banyak buat perubahan dari dulu. Perisian Microsoft Office pun sekarang boleh digunakan pada Mac OS. Kalau dulu nak pindahkan file antara Mac dan Windows pun susah.
Sekarang dengan iCloud saya boleh pakai file yang sama antara komputer windows saya, iPhone dan Macbook saya. Saya boleh capai file saya dimana-mana sahaja dan pada bila saya perlukan.
Setelah lebih 2 kali windows saya kena bluescreen yang mana jarang-jarang berlaku sejak gunakan laptop saya. Sebelum laptop saya rosak terus dan tidak boleh guna saya terpaksa buat keputusan.
Saya telah putuskan untuk membeli sebuah Macbook Pro untuk kegunaan kerja saya. Agak lama juga saya tangguh kerana risau akan cara pengunaan Mac OS. Rasanya lebih dari setahun saya tangguh.
Saya risau saya mengambil masa untuk saya serasikan diri untuk gunakan Mac OS. Saya tidak ada masa untuk saya korbankan jika ia mengambil masa yang lama untuk belajar.
Dalam tidak sampai sehari saya dapat biasakan diri untuk pakai Mac OS. Rupanya tidak susah mana pun. Sekejap je dah boleh faham. Sekurang-kurangnya yang asas saya dah boleh guna dan cari.
Pada pendapat saya Mac OS lebih mudah untuk saya gunakan. Mungkin kerana sudah biasa dengan iPhone. Jadi penerimaan lebih mudah.
Saya siap beli Magic Mouse kerana terlebih risau nak biasakan diri dengan Mac. Rupanya trackpad Macbook lebih banyak fungsi berbanding Magic Mouse.
Saya memilih Macbook kerana 2 perkara utama iaitu jangka hayat baterinya yang tahan lama. Dengan full charge saya boleh pakai 2 hari. Perkara kedua ialah sebab Macbook ini nipis dan ringan.
2 faktor ini sangat penting bagi saya kerana saya selalu “on the move”. Saya senang nak bawa Macbook ini ke mana sahaja saya pergi tanpa perlu risau tentang bateri. Ringan, nipis dan kecil pun ye.
Bagi anda yang ingin menukar dari Windows ke Mac anda tidak perlu risau sangat. Sekejap sahaja anda dah boleh sesuaikan diri anda. Saya masih menggunakan Windows pada masa yang sama. Selamat mencuba.
We Always Prefer Mac.