Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa bagi yang beragama Islam.
Pernahkah kita rasa selesa dengan satu tempat kerja atau pendapatan ke? Atau suasana dan cara kerja ke? Pasti ramai yang pernah kan? Sudah menjadi sifat semulajadi kita untu berasa selesa dengan apa yang kita ada dan apa yang kita boleh kawal.
Ini biasa kita panggil zon selesa atau pun biasa golongan bekerja atau makan gaji rujuk sebagai “comfort zone”. Ada baiknya juga dan ada juga buruknya. Baiknya memang kita akan rasa selesa dengan apa yang ada sekarang, kerja mahupun kehidupan berkeluarga. Buruknya ialah taraf hidup kita akan terperangkap di takuk itu sahaja.
Ramai yang takut untuk keluar dari zon selesa ini kerana terdapat banyak rintangan terutama bagi golongan yang berumur. Di sini saya kongsikan ada 4 zon yang kita perlu pecahkan untuk mencapai kehidupan yang luar biasa atau kehidupan yang kita impikan. Boleh rujuk gambarajah di bawah untuk rujukan zon.
Zon Takut (Fear Zone)
Ini antara kenapa ramai lebih selesa untuk berada di zon selesa. Biasanya kita takut dengan cabaran atau keputusan tidak menyebelahi kita apabila kita keluar dari zon selesa. Kurang keyakinan diri dan tidak sanggup menghadap dan melihat diri sendiri jika gagal.
Kita sentiasa takut dengan pilihan kita. Banyak bertanya dengan rakan sekeliling tentang pilihan yang dibuat. Sangat terkesan dengan kata-kata rakan sekeliling. Lagi-lagi kalau ada kawan yang tidak menyokong, kita akan lagi takut untuk menyahut cabaran baru itu.
Zon Belajar (Learning Zone)
Apabila kita berjaya keluar dari zon takut, kita akan masuk ke zon belajar. Di zon ini kita akan dapat pelbagai kemahiran baru dan ilmu baru dalam kehidupan kita. Di sini juga kita telah berjaya atasi pelbagai masalah ketakutan dalam kehidupan. Kita akan belajar bagaimana untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Zon Perkembangan (Growth Zone)
Di zon ini kita akan hidup apa yang kita impikan. Apabila kita di zon ini, kita akan sentiasa mencari tujuan hidup. Kita akan sentiasa tetapkan sasaran baru untuk kita capai. Sebab kita sudah faham untuk kita capai sesuatu yang baru, kita perlu keluar dari zon selesa dan cabar diri untuk capai apa yang diimpikan.
Mungkin dengan kita mengenali situasi diri kita dan penerangan di atas kita dapat menilai kita berada zon di mana. Kenapa kita ada perasaan berikut? Ini semua adalah sebahagian dari proses untuk kita keluar dari zon selesa. Siapa yang tidak suka selesa kan dalam kehidupan?
Tapi jika kita ingin keluar dari kongkongan kehidupan yang sama setiap hari. Kita nak buat pilihan baru. Kita nak kejar impian baru. Cepat-cepat kita paksa diri keluar dari zon selesa ini. Memang ada pelbagai cabaran tapi yang pasti nikmat dan ganjaran yang menunggu anda di sebelah sana lebih berbaloi. Percayalah.
Leave a Reply